Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

NEXAL Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad dan Earbuds Bermula RM199

NEXAL Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad dan Earbuds Bermula RM199 1

NEXAL Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad dan Earbuds Bermula RM199 2

NEXAL secara rasmi telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian peranti pintar terbaharunya yang direka untuk melengkapi gaya hidup moden, termasuk bekerja, berhubung, menikmati hiburan dan meneroka persekitaran bandar.

NEXAL Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad dan Earbuds Bermula RM199 3

Pelancaran ini diterajui oleh NEXAL Pad, sebuah tablet yang menyokong sambungan WiFi dan LTE untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna. Ia turut diperkenalkan bersama NEXAL Earbuds serta rangkaian NEXAL Watch Series bagi membentuk ekosistem peranti pintar yang saling melengkapi.

Menurut NEXAL, kemasukannya ke pasaran Malaysia merupakan satu langkah penting dalam perkembangan jenama itu. Selain memperkenalkan produk baharu, NEXAL turut menyasarkan untuk membina kehadiran jangka panjang menerusi peranti yang menawarkan fungsi praktikal, prestasi dan reka bentuk yang sesuai untuk kegunaan harian.

Menggunakan konsep Productivity in Motion, NEXAL Pad direka untuk membantu pengguna kekal produktif dan menikmati hiburan ketika berada di luar rumah atau dalam perjalanan.

Tablet ini dilengkapi bateri berkapasiti 10,000mAh yang dimuatkan dalam reka bentuk nipis, membolehkan penggunaan lebih lama tanpa perlu kerap mengecasnya. Ia turut menyokong pengecasan pantas 33W untuk memudahkan pengguna mengisi semula bateri apabila diperlukan.

Untuk paparan, NEXAL Pad menggunakan skrin berukuran 11 inci dengan resolusi 2.5K, menawarkan visual yang lebih tajam dan jelas ketika membaca dokumen, mengikuti kelas dalam talian, bekerja atau menonton kandungan video.

Dari segi sambungan, tablet ini menyokong WiFi dan LTE Dual Connectivity. Pengguna boleh memasukkan kad SIM untuk mengakses internet mudah alih apabila rangkaian WiFi tiada atau tidak stabil, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti ketika bekerja dari luar pejabat atau dalam perjalanan.

NEXAL Pad turut dilengkapi suite produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk memudahkan pelbagai tugasan harian. Antara kegunaannya termasuk mengambil nota mesyuarat, menyusun idea dan membantu pengguna bekerja merentasi pelbagai bahasa.

Bagi meningkatkan produktiviti, papan kekunci turut disertakan dalam pembelian tablet ini. Ia membolehkan pengguna beralih daripada penggunaan tablet biasa kepada pengalaman kerja seakan komputer riba dengan lebih mudah.

Dari segi prestasi, NEXAL Pad dikuasakan pemproses MediaTek Helio G200, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 256GB untuk menyokong pelbagai tugasan harian.

Tablet ini ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Obsidian Grey dan Aurora Green.

NEXAL Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad dan Earbuds Bermula RM199 4

Selain tablet, NEXAL turut memperkenalkan NEXAL Earbuds yang direka untuk memberikan pengalaman panggilan lebih jelas, khususnya ketika digunakan dalam persekitaran bising seperti kafe, pejabat berkongsi dan pengangkutan awam.

Fon telinga ini menggabungkan tiga teknologi utama bagi membantu membezakan suara pengguna daripada bunyi persekitaran.

Teknologi Bone Voiceprint AI Call mengenal pasti suara pengguna melalui getaran tulang bagi membantu membezakan suara daripada gangguan bunyi sekeliling.

Sementara itu, Three Mic Hybrid Noise Reduction menggunakan sistem tiga mikrofon untuk menangkap suara dari pelbagai arah sambil mengurangkan gangguan bunyi luar. Teknologi ini turut menyokong pengurangan hingar bagi memastikan perbualan lebih jelas.

Teknologi VPU Voice Enhancement pula meningkatkan kejelasan dan ketara suara ketika penghantaran audio, terutamanya dalam persekitaran yang mempunyai tahap bunyi tinggi.

Untuk pengalaman mendengar muzik dan menikmati hiburan, NEXAL Earbuds dilengkapi pemacu dinamik 13mm dengan graphene composite diaphragm yang direka untuk menghasilkan bass lebih mendalam serta bunyi yang lebih penuh.

Ia turut menawarkan Transparency Mode bagi membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran tanpa perlu menanggalkan fon telinga. Ciri pengesanan dalam telinga juga disediakan untuk memberikan kemudahan tambahan ketika penggunaan harian.

NEXAL Earbuds hadir dalam pilihan warna Midnight Black dan Glacier White.

NEXAL Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad dan Earbuds Bermula RM199 5

Melengkapkan rangkaian peranti pintarnya di Malaysia, NEXAL turut menawarkan dua model jam pintar, iaitu NEXAL Watch Sport dan NEXAL Watch.

NEXAL Watch Sport hadir dengan skrin AMOLED 1.48 inci, sokongan Dual-Band GPS untuk penjejakan lokasi yang lebih baik ketika melakukan aktiviti luar. Jam pintar ini turut menyokong lebih 100 mod sukan, bateri berkapasiti 530mAh dan ketahanan air 5ATM.

Sementara itu, NEXAL Watch hadir dengan skrin AMOLED 2.01-inci yang lebih besar, GPS terbina dalam serta sokongan lebih 170 mod sukan untuk membantu pengguna menjejaki aktiviti fizikal mereka.

Seperti model Sport, NEXAL Watch turut mempunyai ketahanan air 5ATM, memberikan fleksibiliti untuk kegunaan harian dan aktiviti kecergasan yang bersesuaian.

Harga dan Ketersediaan di Malaysia

Berikut ialah harga rasmi rangkaian peranti NEXAL di Malaysia:

  • NEXAL Pad – RM1,099 (mula dijual 13 Oktober 2026). Pembelian disertakan manfaat bernilai sehingga RM359, merangkumi NEXAL Keyboard bernilai RM299 dan akses enam bulan AI Productivity Tools bernilai RM60.
  • NEXAL Earbuds – RM199 (mula dijual 13 Oktober 2026).
  • NEXAL Watch Sport – RM599 (kini tersedia).
  • NEXAL Watch – RM399 (kini tersedia).

Semua produk boleh dibeli menerusi Shopee, Lazada, TikTok Shop serta kedai pengedar sah terpilih di seluruh Malaysia.

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.