Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran komersial 5G mungkin tertunda – masih belum ada telko setuju guna rangkaian 5G milik Kerajaan


Digital Nasional Berhad (DNB) menyasarkan untuk mempunyai 500 tapak 5G menjelang penghujung tahun ini dengan pelancaran di tiga bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya bukan hadapan.

Laporan Reuters mendedahkan tiada satu syarikat telekomunikasi yang telah bersetuju untuk menggunakan infrastruktur 5G kerajaan ini kerana isu ketelusan dan harga.

Walaubagaimanapun, DNB masih optimistik ianya mampu memeterai perjanjian dengan syarikat telekomunikasi sebelum pelancaran rangkaian 5G di tiga bandar pada bulan hadapan.

Kerajaan telah mengumumkan perancangan untuk berkongsi satu rangkaian 5G (Multi-Operator Core Network) pada bulan Februari dengan harapan ia akan membantu mempercepatkan dan menjimatkan kos pembinaan infrastruktur 5G di seluruh negara.

Pendekatan yang diterajui kerajaan serupa juga diuji di beberapa pasaran lain termasuk Mexico, tetapi kebanyakkanya tidak berjaya.

Agensi itu kini akan berusaha untuk mengadakan perjanjian jangka panjang rasmi awal tahun depan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.