Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia Z5 kini ditawarkan didalam warna merah jambu

Z5_pink_group

Seperti yang kami laporkan semalam, Sony secara rasminya telah memperkenalkan satu telefon pintar baru didalam warna merah jambu.

Walaubagaimanapun, ianya bukan lah satu model baru akan tetapi ia adalah salah satu model utama syarikat ini iaitu Xperia Z5.

Sebelum ini Xperia Z5 ditawarkan didalam 4 warna iaitu hitam,emas, hijau dan putih dan warna merah jambu ini dilihat mungkin lebih digemari oleh golongan wanita.

Xperia Z5 ini hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.2-inci (428ppi), pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM, memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900 mAh.

Model ini juga mempunyai slot microSD ( sehingga 200GB), 4G LTE, dwi-SIM, pensijilan kalis air dan habuk IP65/68, kenipisan 7.3mm dan tidak ketingalan pengesan cap jari pada butang sisi.

Sony xperia Z5 ini hadir dengan kamera utama Sony Exmor RS 23MP yang turut dilengkapi dengan teknologi pemfokusan hibrid dengan kelajuan hanya 0.3saat manakala kamera hadapan pula adalah unit kamera 5MP yang menggunakan sensor Sony Exmor R.

Buat masa ini kita tiada sebarang maklumat bila xperia Z5 Pink ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Sony Xperia Z5, Z5 Compact dan Z5 Premium kini telah ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualanRM 2,299 , RM 2,699 dan RM 3,099.

sumber

Z5 Pink Lifestyle Sakura2 Z5_pink_back Z5 Pink on the table

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.