Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Semua siri Moto Lenovo tahun 2016 akan hadir dengan sensor capjari

moto lenovo 2016

Minggu lalu, kami telah melaporkan bahawa Lenovo akan menghentikan pengeluaran telefon pintar Motorola namun siri telefon pintar Moto akan menjadi siri premium bagi Lenovo.

Chen Xudong, naib presiden kanan Lenovo dan presiden Lenovo bagi China dan Asia Pasifik telah berkata bahawa kesemua telefon pintar Moto daripada Lenovo tahun ini akan hadir dengan sensor capjari. Teknologi capjari ini adalah sesuatu yang baru bagi telefon pintar siri Moto dan perubahan ini pasti disambut baik oleh peminat jenama ini.

Selain itu, eksekutif daripada Lenovo ini juga telah mengesahkan bahawa kesemua model Moto bagi tahun 2016 ini akan hadir dengan skrin paparan melebih saiz 5.0-inci dan ianya bermaksud kita tidak akan mendapat model pengganti kepada Moto E. ini adalah sesuatu yang masuk akal kerana siri Moto telah disahkan sebagai siri premium bagi Lenovo dan siri Vibe akan menjadi siri kelas kedua.

Selain itu, Chen juga telah mengesahkan bahawa secara keseluruhan hanya 15 model dibawah siri Lenovo Moto dan Lenovo Vibe akan dikeluarkan sepanjang tahun 2016.

Akhir sekali, Chen Xudong turut mengesahkan bahawa Google akan kembali semula ke pasaran China sebelum penghujung tahun ini dan ini bermaksud kesemua servis yang ditawarkan oleh Google akan boleh digunakan di pasaran China termasuk Google Play Store.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.