Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit Active kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599

Amazfit secara rasminya telah melancarkan jam pintar khas untuk golongan wanita iaitu Amazfit Active.

Jam tangan pintar serba boleh ini akan menjadi teman setia anda di tempat kerja, semasa bersenam dan bermain.

Amazfit Active diperbuat daripada aloi aluminium ultra-ringan dan reka bentuk plastik,  paparan HD AMOLED berukuran 1.75-*inci, sokongan panggilan Bluetooth yang mudah dan bermain muzik, Sistem Satelit Navigasi Berbilang Global (Berbilang-GNSS) dan navigasi laluan pemetaan tepat untuk berjoging, pendakian atau mana-mana trek lain.

 

Selain itu, Ianya turut membawakan panduan Latihan yang dikuasakan AI oleh Zepp Coach mengagregatkan data seperti kadar denyutan jantung 24 jam, SpO2 dan pemantauan tekanan untuk pelan senaman yang sesuai.

Dalam pada itu, Jam ini juga mempunyai hayat bateri ultra lama, yang boleh bertahan sehingga 14 hari penggunaan biasa.

Amazfit Active adalah pertimbangan yang menarik untuk wanita aktif-profesional. Ciri-ciri lain termasuk lebih 100 muka jam, kalis air 5ATM, storan muzik, Sistem Penilaian Kesihatan PAI, aplikasi dan permainan yang boleh dimuat turun, aplikasi Zepp dan banyak lagi.

Amazfit Active ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Petal Pink pada harga RM 599. Bermula pada 3 November 2023, Amazfit Active boleh didapati di Shopee di https://bit.ly/Amazfit-Shopee-Active, Lazada https://bit.ly/Amazfit-Lazada-Active, dan  TikTok Shop.

Setiap pembelian akan turut menerima hadiah beg silang badan dan Pas Percubaan 7 hari Celebrity Fitness sementara stok masih ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.