Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit Bip 5 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 329

Amazfit Bip 5 kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 329.

Amazfit Bip 5 memiliki skrin paparan berukuran 1.91-inci dengan 260ppi dan skrin kaca sedikit melengkung, Ia juga menyokong pilihan Portrait Watch Face dan 70 pilihan watch faces yang tersedia.

Ianya turut disertakan dengan sistem operasi Zepp OS 2.0 yang menyokong 70+ aplikasi, termasuk 30+ permainan mini, Amazon Alexa dan sehingga 10 hari jangka hayat bateri.

Sebagai jam tangan pintar paling canggih dalam siri Bip, Amazfit Bip 5 juga memiliki sensor BioTracker PPG yang memfokuskan kesihatan, membolehkan pemantauan ketepuan oksigen darah 24 jam,  kadar denyutan jantung dan tahap tekanan.

 Selain itu, Amazfit Bip 5 juga menampilkan lebih 120 mod senaman. Ianya juga boleh mengesan tujuh aktiviti kecergasan secara automatik, atau mengakses bacaan data sukan masa nyata melalui pembesar suara terbina dalam untuk pengalaman senaman yang lebih bijak.

 Amazfit Bip 5 turut dilengkapi penggabungan algoritma PeakBeats Amazfit yanh menawarkan analisis terperinci data senaman seperti VO₂ Max. Pengguna kemudiannya boleh berkongsi maklumat ini dengan aplikasi kecergasan seperti adidas Running dan Strava, melalui aplikasi Zepp.

 Dari 5-8 Ogos, Anda boleh mendapatkan Amazfit Bip 5  secara eksklusif di Shopee pada harga istimewa RM319 bagi 200 pembelian pertama, berbanding harga RM329 selepas itu.

Dapatkan Amazfit Bip 5 di :

Shopee : https://bit.ly/Amazfit-Shopee-BIP5

Lazada : https://bit.ly/Amazfit-Lazada-BIP5.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.