Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit Active Edge akan ditawarkan di Malaysia mulai 22 Disember – RM 599

AMAZFIT ACTIVE EDGE MALAYSIA

Amazfit secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam tangan pintar Active Edge akan ditawarkan di Malaysia mulai 22 Disember ini pada harga RM 599 sahaja.

Jam tangan pintar Active Edge ini membawakan kelasakan dan gaya jalanan dengan teknologi kesihatan terkini yang hanya ditawarkan oleh Amazfit.

Selain itu,  Active Edge memiliki skrin paparan  HD AMOLED berukuran 1.32-inci, jangka hayat bateri sehingga 16 hari , Sistem Satelit Navigasi Berbilang Global (Berbilang-GNSS) dan navigasi laluan untuk pemetaan landskap bandar yang tepat.

Seterusnya, ianya dikuasakan Zepp Coach berasaskan AI yang menawarkan bimbingan latihan melalui data agregat seperti degupan jantung 24 jam, SpO2, kalis air 10ATM dan pemantauan tekanan untuk pelan latihan yang disesuaikan.

Dalam pada itu, terdapat lebih dari 130 mod Sukan termasuk 7 mod sukan yang dikesan secara automatik, dan ianya turut disertakan dengan penyegerakan data ke  aplikasi seperti adidas Running, Strava, komoot, Relive, Google Fit dan Apple Health, semuanya melalui Zepp OS 2.0.

Amazfit Active Edge akan ditawarkan didalam dalam tiga  pilihan dwi-warna iaitu Lava Black, Midnight Pulse dan Mint Green bersama tali lut sinar pada harga RM 599 (percuma fon telinga)

Dapatkan Amazfit Active Edge di

Shopee : https://bit.ly/Amazfit-Shopee-Active-Edge

Lazada : https://bit.ly/Amazfit-Lazada-Active-Edge

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.