Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam pintar Amazfit Balance kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099

Amazfit Balance kini telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099.

Amazfit Balance menggabungkan ciri yang membantu pemakai kekal teratur dan mengikut jadual sepanjang hari 24 jam, sama ada untuk bekerja, beriadah atau bersenam.  

Jam pintar terbaru Amazfit ini memiliki paparan AMOLED berukuran 1.5-inci dengan resolusi 480 x 480 piksel dan kepadatan piksel 323ppi.

Amazfit Balance juga tampil dengan sistem pengendalian Zepp OS 3.0 dan ianya boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS. 

Selain itu, ciri baharu yang dikenali sebagai skor “Kesediaan” memberikan nasihat dan panduan berdasarkan petunjuk kesihatan seperti tidur, senaman, tahap tekanan dan pemantauan tanda vital 24 jam untuk mengukur pemulihan fizikal dan mental dari hari sebelumnya dan menunjukkan potensi pemakai untuk hari yang akan datang sambil membantu mereka mengoptimumkan kerja, kehidupan dan rehat.

Ciri unik lain termasuk aplikasi seperti “Bernafas”, “Yoga” dan “Meditasi” untuk membantu pemakai menghilangkan tekanan.

Aplikasi ini dan banyak lagi adalah sebahagian daripada lebih 150 aplikasi dan permainan mini yang ditawarkan pada Amazfit Balance bersama-sama dengan ciri ExerSense yang secara automatik mengesan lapan sukan dan lebih daripada 150 mod sukan. Penambahan terbaru kepada mod sukan termasuk mod Triatlon, mod 3-sukan-dalam-1 yang mampu menjejaki berenang, berbasikal dan berlari. Zepp Coach yang dikuasakan AI membantu memantau prestasi pemakai melalui penanda aras dan pencapaian semasa bersenam.

 

Seterusnya, Amazfit Balance juga menawarkan bacaan SpO2, bacaan komposisi badan bateri 475mAh yang menawarkan sehingga 14 hari penggunaan atau sehingga 5 hari dengan mod AOD. Bersama-sama dengan peningkatan seperti BioTracker 5.0, mikrofon dan pembesar suara.

 Amazfit Balance akan ditawarkan pada harga RM 1,099 di Shopee dan Lazada pada harga RM1,099.

Setiap pembelian Amazfit Balance anda akan menerima hadiah percuma seperti beg Hypergear, tuala sukan Amazfit dan Pas Percubaan 7 Hari Celebrity Fitness sementara stok masih ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.