Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Samsung Galaxy Tab S9 FE – tablet hiburan dan kerja yang turut memiliki S-Pen

Samsung Galaxy Tab S9 FESamsung Galaxy Tab S9 FE

Samsung Galaxy FE Series yang dilancarkan buat julung kali telah menyaksikan syarikat gergasi Korea ini bukan hanya memperkenalkan telefon pintar Galaxy S23 FE, malah turut disertakan dengan pelancaran tablet Galaxy Tab S9 FE, Galaxy Tab S9+ FE dan Galaxy Buds FE.

Selepas mengulas  Galaxy S23 FE dan Galaxy Buds FE, kini tiba giliran untuk kami mencuba Galaxy Tab S9 FE pula. Ianya tampil dengan rekaan yang premium setaraf tablet flagship Galaxy Tab S9 Series.

Tanpa membuang masa, ini adalah pandangan pertama kami mengenai Samsung Galaxy Tab S9 FE yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,099.

Rekaan Premium

Samsung Galaxy Tab S9 FE menampilkan rekaan yang sangat premium dan amat nipis iaitu hanya 6.5mm yang mana ianya adalah lebih nipis daripada ketebalan jari saya sendiri.

Ianya didatangkan didalam warna yang elegan iaitu Mint, Lavender, Gray dan Silver. Tablet ini juga adalah peranti yang kalis air dan habuk dengan penarafan IP68.

Skrin Paparan terbaik untuk hiburan dan kerja

Samsung Galaxy Tab S9 FE memiliki skrin paparan WUXGA+ berukuran 10.9-inci yang memiliki resolusi 2304 x 1440 piksel dan lebih penting sokongan kadar segar semula 90Hz.

Sokongan kadar segar semula yang tinggi pada Tab S9 FE ini bermaksud anda boleh menikmati kandungan hiburan dan permainan video yang lebih lancar. Ianya juga mampu melaras kadar bingkai mengikut kandungan paparan.

Seterusnya, Samsung Tab S9 FE juga menampilkan ciri Vision Booster yang membantu anda menggunakan tablet tanpa sebarang kesukaran walaupun dibawah cahaya matahari yang terik.

Akhir sekali, paparan pada Tab S9 FE juga mempunyai kadar pelepasan cahaya biru yang rendah untuk melindungi penglihatan anda, memberikan pengalaman menonton yang selesa semasa anda berada menikmati hiburan anda.

S-Pen tersedia dalam kotak

Samsung Galaxy Tab S9 FE juga disertakan dengan sokongan stylus S-Pen yang tersedia percuma didalam kotak pembelian. Ini membolehkan anda tulis, lakar dan lukis pada aplikasi note pilihan anda seperti Samsung Notes dan Goodnotes.

Selain itu, S-Pen Samsung ini juga mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68 dengan pengecasan boleh dilakukan dengan mudah melalui pengecas magnetik pada sisi tablet.

Bateri 8,000mAh

Anda pasti terkejut untuk mengetahui bahawa Galaxy Tab S9 FE ini memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh selepas melihat reka bentuk tablet ini yang nipis.

Menariknya, Samsung juga telah menyertakan sokongan pengecasan berbalik yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar atau fon telinga anda dengan lebih mudah dan dimana sahaja.

Dapatkan Galaxy Tab S9 FE sekarang

Samsung Galaxy Tab S9 FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,099 sehingga RM 2,999 dan setiap pembelian akan turut menerima Smart Book Cover bernilai RM339 secara percuma.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab S9 FE di Samsung Online Store  atau Samsung Experience Store yang berhampiran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.