iQOO 16 Series Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 8 Disember Ini

iQOO Malaysia mengesahkan bahawa siri iQOO 16, yang merangkumi iQOO 16 dan iQOO 16s, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 8 Disember 2026.
Siri terbaharu ini hadir dengan dua pilihan berbeza, iaitu iQOO 16 sebagai Ultimate Performance Flagship dan iQOO 16s sebagai Smart Performance Flagship, masing-masing menawarkan kelebihan dari segi prestasi, paparan dan ketahanan bateri.
Model iQOO 16 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 berasaskan proses 2nm, digabungkan dengan Supercomputing Chip Q4 untuk meningkatkan prestasi pemprosesan dan grafik, termasuk sokongan Full-Scene Ray Tracing.
Ia turut dilengkapi paparan Samsung M16 2K 165Hz dengan kecerahan puncak global sehingga 2,800 nits dan kecerahan setempat sehingga 10,000 nits. Dari segi reka bentuk, varian Matrix menampilkan teknologi Pengimejan Holografik Laser pada panel belakang.
Sementara itu, iQOO 16s menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4 dan hadir dengan bateri BlueVolt Ultra-Nipis berkapasiti 7,650mAh. Ia turut menampilkan skrin AMOLED 6.59 inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, sokongan 1.07 bilion warna serta kecerahan puncak setempat sehingga 5,000 nits.

Pra-tempahan bermula 24 November hingga 7 Disember 2026
Peminat boleh membuat pra-tempahan dengan deposit serendah RM1. Mereka juga berpeluang memenangi hadiah utama sebuah iQOO 16 serta hadiah lain bernilai sehingga RM16,000.
Pembeli awal turut menikmati ganjaran minyak PETRONAS bernilai RM50, diskaun ahli RM200 dan pelbagai manfaat eksklusif lain.
Harga dan maklumat lanjut mengenai ketersediaan kedua-dua model akan diumumkan kelak.


