Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Watch 4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 499

Selain pelancaran HONOR X9b di Malaysia, HONOR juga telah membawa masuk jam tangan pintar terbaru mereka iaitu HONOR Watch 4.

HONOR Watch 4 menampilkan paparan AMOLED berukuran 1.75-inci yang mempunyai resolusi 390 x 450 piksel bersama kadar segar semula 60Hz. Ianya memiliki kerangka titanium series 6 dengan tali jam getah silikon dan kalis air 5ATM.

Selain itu, Watch 4 juga memiliki pelbagai ciri pengawasan kesihatan seperti sensor degupan jantung, SpO2, tekanan, kualiti tidur dan pernafasan. Jam pintar ini turut menawarkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari dengan penggunaan biasa.

Lain-lain spesifikasi jam pintar terbaru HONOR ini adalah 4GB storan dalaman, sokongan GPS, Bluetooth 5.2 dan boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

HONOR Watch 4

HONOR Watch 4 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Gold dan Black pada harga RM 499 dimana jualan akan bermula dari 10 November 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.