Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Perkenal Watch S5 41mm, Smart Band 11 dan Xiaomi Clip di Malaysia

Xiaomi Perkenal Watch S5 41mm, Smart Band 11 dan Xiaomi Clip di Malaysia 1

 

Pada majlis pelancaran Xiaomi 18 Pro Series di Malaysia, Xiaomi juga telah memperkenalkan tiga produk baharu di Malaysia menerusi Xiaomi Watch S5 41mm, Xiaomi Smart Band 11 dan Xiaomi Clip. Barisan produk terbaharu ini menawarkan gabungan reka bentuk menarik, ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan serta pengalaman audio untuk kegunaan harian.

Ketiga-tiga produk hadir dengan kelebihan tersendiri, termasuk Xiaomi HyperOS 4 untuk Watch S5 41mm dan Smart Band 11, selain Xiaomi Clip yang merupakan fon telinga jenis open-ear pertama Xiaomi dengan reka bentuk klip.

Xiaomi Perkenal Watch S5 41mm, Smart Band 11 dan Xiaomi Clip di Malaysia 2

Xiaomi Watch S5 41mm: Reka Bentuk Elegan dengan Ciri Pintar

Xiaomi Watch S5 41mm hadir dengan badan keluli tahan karat setebal 9.9mm serta skrin AMOLED 1.32 inci yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Ia turut dilengkapi bateri 590mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari dengan sekali pengecasan.

Jam tangan pintar ini juga menyokong Google Wallet untuk pembayaran tanpa sentuh melalui NFC buat pertama kali dalam siri Xiaomi Watch S. Pengguna turut mendapat akses kepada Xiaomi HyperOS 4 dengan antaramuka baharu, notifikasi terapung dan Smart Assistant yang memaparkan jadual, cuaca, aktiviti senaman serta maklumat kesihatan.

Untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan, ia menyokong lebih 150 mod sukan, Health Summary yang menganalisis lebih 50 metrik kesihatan serta algoritma tidur yang dipertingkatkan.

Xiaomi Perkenal Watch S5 41mm, Smart Band 11 dan Xiaomi Clip di Malaysia 3

Xiaomi Smart Band 11: Skrin Lebih Besar dan Bateri Sehingga 21 Hari

Xiaomi Smart Band 11 hadir dengan skrin AMOLED 1.72 inci yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 2,000 nits. Model standard menawarkan ketahanan bateri sehingga 21 hari, manakala versi NFC mampu bertahan sehingga 18 hari.

Ia turut menyokong lebih 150 mod sukan, pengesanan automatik enam jenis aktiviti serta pemantauan kadar denyutan jantung dengan ketepatan sehingga 98.2%.

Selain itu, ciri pemantauan tidur yang dipertingkatkan, Sleep HRV dan Vitality Score membantu pengguna memahami tahap aktiviti serta corak kesihatan harian mereka.

Smart Band 11 turut menggunakan Xiaomi HyperOS 4 dengan antaramuka baharu dan menyokong sambungan serentak kepada telefon Xiaomi dan iPhone yang serasi.

Xiaomi Perkenal Watch S5 41mm, Smart Band 11 dan Xiaomi Clip di Malaysia 4

Xiaomi Clip: Fon Telinga Open-Ear dengan Reka Bentuk Klip

Xiaomi Clip merupakan fon telinga open-ear pertama Xiaomi yang direka untuk penggunaan sepanjang hari. Setiap unit hanya seberat 5.5 gram dan menggunakan jambatan aloi memori fleksibel untuk memberikan keselesaan serta kesesuaian pada pelbagai bentuk telinga.

Ia dilengkapi pemacu dinamik 11mm dengan diafragma bersalut logam mikrokristal, sokongan Hi-Res Audio Wireless dan LHDC 5.0 untuk menghasilkan audio yang lebih terperinci.

Reka bentuk open-ear membolehkan pengguna mendengar audio sambil kekal peka terhadap bunyi persekitaran. Ia turut dilengkapi sistem tiga mikrofon bersama mikrofon bone-conduction VPU dan teknologi AI untuk mengurangkan gangguan bunyi ketika panggilan.

Dari segi ketahanan, Xiaomi Clip menawarkan sehingga 9 jam penggunaan dengan sekali cas dan sehingga 38 jam termasuk bekas pengecas. Ia turut menyokong pengesanan pemakaian automatik, perkongsian audio, Apple Find My serta perlindungan kalis habuk dan air IP57.

Harga dan Ketersediaan di Malaysia

Kesemua produk kini boleh didapati menerusi kedai Xiaomi seluruh negara, laman rasmi mi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah.

Harga jualan dan harga promosi adalah seperti berikut:

  • Xiaomi Watch S5 41mm (Black / Light Blue)
    • Harga asal: RM899
    • Harga promosi: RM799
  • Xiaomi Watch S5 41mm (Ceramic White)
    • Harga asal: RM999
    • Harga promosi: RM899
  • Xiaomi Smart Band 11 (Standard)
    • Midnight Black, Glacier Silver, Mystic Rose
    • Harga asal: RM249
    • Harga promosi: RM199
  • Xiaomi Smart Band 11 (Standard – Moon Gold)
    • Harga asal: RM249
    • Harga promosi: RM229
  • Xiaomi Smart Band 11 (NFC)
    • Pearl White (Ceramic), Lavender Purple (Full-Metal Unibody)
    • Harga asal: RM349
    • Harga promosi: RM299
  • Xiaomi Clip
    • Sand Gold, Pearl White, Graphite Black, Frost Purple
    • Harga asal: RM699
    • Harga promosi: RM599
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.