OPPO Reno8 T 4G turut dilancarkan dengan skrin AMOLED 90Hz dan cipset Helio G99 – RM 1,399
OPPO Reno8 T 5G telah dilancarkan sebentar tadi untuk pasaran malaysia pada harga RM 1,799 dan ianya turut disertakan dengan varian 4G yang lebih berpatutan.
OPPO Reno8 T 4G tampil dengan skrin paparan AMOLED 90Hz berukuran 6.43 inci dengan bezel sisi dengan reka bentuk fibreglass leather.
Selain itu, OPPO Reno8 T 4G dijana cip pemproses MediaTek Helio G99 , 8GB RAM + 8GB Extended RAM dan storan dalaman 256GB.
Bercakap mengenai kamera, OPPO Reno8 T 4G akan memiliki sensor utama 100MP, sensor mikro yang menyokong pembesaran 20x atau 40x dan kamera selfie 32Mp.
Seterusnya , OPPO Reno8 T 4G juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SuperVOOC dan OPPO menjanjikan prestasi bateri yang kekal baik walaupun selepas 4 tahun penggunaan.
Lain-lain spesifikasi OPPO Reno8 T 4G adalah ciri Dynamic Computing Engine yang memastikan perantj berfungsi dengan baik untuk tempoh 48 bulan dan antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.
OPPO Reno8 T 4G akan tersedia dalam Sunset Orange dan Midnight Black pada RM 1,399.
Pra-tempah boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, KedaiAtas Talian Rasmi OPPO, Rakan e-Dagang dan pengedar sah.