Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Pad Mini Matte Display Edition kini rasmi di Malaysia – RM 3,699

OPPO Pad Mini Matte Display Edition kini rasmi di Malaysia - RM 3,699 1

OPPO Pad Mini Matte Display Edition kini rasmi di Malaysia - RM 3,699 2
Selain memperkenalkan OPPO Find X10 Series, OPPO turut melancarkan OPPO Pad Mini Matte Display Edition yang hadir sebagai tablet paling nipis dan ringan yang pernah dilancarkan oleh OPPO setakat ini. Tablet ini mempunyai ketebalan hanya 5.46mm dengan berat 282g, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang mahukan peranti kompak dan mudah dibawa ke mana-mana.

Selain itu, OPPO Pad Mini Matte Display Edition dilengkapi skrin Flexible AMOLED 2.5K berukuran 8.8-inci dengan kadar segar semula 144Hz serta kecerahan maksima sehingga 1,600 nit. Paparannya turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Smart Eye Comfort 5.0, yang didakwa mampu mengurangkan ketegangan mata sebanyak 38% berbanding tablet standard.

Dari segi prestasi, tablet ini dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5, yang menurut OPPO merupakan cip pertama dalam industri tablet. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 8,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC.

OPPO Pad Mini Matte Display Edition kini rasmi di Malaysia - RM 3,699 3

Bagi pasaran Malaysia, OPPO Pad Mini Matte Display Edition ditawarkan dalam warna Lavender Purple dengan konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman 256GB pada harga RM3,699.

Bagi pembeli yang membuat pra-tempahan, OPPO menawarkan rebat sebanyak RM200, selain memberikan Sarung OPPO Pad Mini Matte Display Edition dan OPPO Pencil 3 secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.