Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 T 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,799

 

OPPO Malaysia secara rasminya telah melancarkan  telefon pintar terbaru didalam OPPO Reno Series iaitu OPPO Reno8 T 5G  dengan harga RM 1,799.

OPPO Reno8 T 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz 3D Curved berukuran 6.7-inci dengan bezel sisi yang nipis iaitu hanya 2.3mm.

 

Selain itu, OPPO Reno8 T 5G dijana cip pemproses Snapdragon 695 ,  8GB RAM + 8GB Extended RAM dan storan dalaman 256GB.

Bercakap mengenai kamera, OPPO Reno8 T akan memiliki sensor utama 108MP dengan teknologi NonaPixel Plus binning dan AI Portrait Super Resolution untuk hasil gambar yang lebih baik. Ianya juga disertakan kamera lensa mikro 40x dan kamera selfie 32MP.

Seterusnya , OPPO Reno8 T 5G juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 67W SuperVOOC dan OPPO menjanjikan prestasi bateri yang kekal baik walaupun selepas 4 tahun penggunaan. 

Lain-lain spesifikasi OPPO Reno8 T 5G adalah ciri Dynamic Computing Engine yang memastikan perantj berfungsi dengan baik untuk tempoh 48 bulan dan antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

OPPO Reno8 T 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Sunrise Gold dan Midnight Black pada harga RM 1,799 dan setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 377 yang termasuk percuma OPPO EncoBuds2, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun, dan waranti lanjutan 1 tahun.

Pra-tempah boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, KedaiAtas Talian Rasmi OPPO, Rakan e-Dagang dan pengedar sah.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.