Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jackson Wang dilantik sebagai duta pertama OnePlus untuk pasaran APAC

OnePlus secara rasminya telah mengumumkan bahawa artis terkemuka global iaitu Jackson Wang telah dilantik sebagai duta pertama mereka untuk OnePlus bagi pasaran APAC.

Jackson Wang yang juga dikenali sebagai MAGIC MAN, merupakan seorang artis terkemuka yang terkenal dengan persembahan beliau yang hebat dan menarik perhatian ramai. Beliau juga seorang yang mempunyai kejayaan dalam setiap bidang yang disertainya.

Beliau adalah pilihan tepat untuk dikaitkan dengan jenama OnePlus dengan slogan “Never Settle” yang mencerminkan pengguna OnePlus yang ingin sentiasa untuk mencapai lebih dari biasa dan juga sentiasa ingin menjadi lebih baik.

Jackson Wang adalah seorang yang mempunyai pelbagai bakat – beliau adalah seorang penyanyi, penghibur, pengarah kreatif dan juga pengasas TEAM WANG records serta TEAM WANG design.

Beliau sentiasa mendorong dirinya untuk melangkaui lebih jauh. Melalui keazaman dan semangatnya, Jackson telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam hidup beliau. Nilai OnePlus “Never Settle” bersama-sama dengan Jackson mengingatkan semua untuk mengejar kemungkinan yang terbaik untuk diri mereka.

Berpegang teguh pada semangat jenama “Never Settle”, OnePlus secara konsisten mencipta bersama-sama komunitinya untuk membawa peranti dan perisian premium yang memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.

Pengumuman Jackson Wang sebagai duta telefon pintar OnePlus APAC adalah bersempena dengan pelancaran peringkat global peranti perdana OnePlus generasi terbaharu – OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2. Peranti-peranti perdana baharu ini akan menarik perhatian pengguna dengan prestasi luar biasa, pengalaman penggunaan OnePlus yang cepat dan lancar, serta reka bentuk yang kemas dan rapi.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jackson Wang dan OnePlus, layari @oneplus.msia dan @oneplusmys.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.