OPPO Find X10 Series Tampil Dengan Kamera Hasselblad, Harga Bermula RM4,999

OPPO baru-baru ini melancarkan telefon pintar flagship terbaharunya, OPPO Find X10 Series yang hadir dengan sistem kamera Hasselblad True-to-Life Camera serta enjin pemprosesan imej terbaharu, LUMO True Image Engine.
OPPO Find X10 kini ditawarkan pada harga bermula RM4,999, manakala Find X10 Pro Max dijual pada harga RM6,999. Sepanjang tempoh jualan pertama sehingga 30 November 2026, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai tawaran bernilai sehingga RM2,927*, termasuk penjimatan sehingga RM1,250*.
Dibina untuk merakam setiap detik sebagaimana yang dilihat oleh mata, Find X10 dilengkapi sistem Dual 200MP Camera yang menjadi antara peneraju dalam kelasnya. Sementara itu, Find X10 Pro Max hadir dengan sistem Triple 200MP Camera yang pertama dalam industri.
Melengkapi sistem kamera yang dibangunkan bersama Hasselblad, LUMO True Image Engine menggabungkan tiga komponen utama bagi menghasilkan imej yang lebih berkualiti.
Pertama ialah LUMO Hyper Pixel Engine yang memberikan perincian lebih halus, dengan imej 26MP sebagai tetapan lalai untuk rakaman daripada kamera ultra lebar sehingga zum 9.9x.
Kedua, LUMO True Color Engine yang disokong oleh kamera True Color multispektrum 24 saluran, menawarkan julat dinamik sehingga 15 EV. Ketiga pula ialah LUMO Natural Tone Engine yang menghasilkan tona warna lebih lembut dan kelihatan semula jadi.
Tawaran pembelian pertama sehingga 30 November 2026
Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh menikmati diskaun RM300 menggunakan kad bank terpilih (RM200 untuk varian Find X10 12GB+256GB), rebat trade-in sehingga RM800 bagi peranti OPPO, Apple dan Samsung serta pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan.
Pelanggan yang menggunakan SPayLater pula boleh menikmati pelan ansuran selama enam bulan bersama diskaun tambahan RM150.
Setiap pembelian turut disertakan Exclusive Launch Gift Box bernilai RM299 secara percuma, sementara stok masih ada. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan pelan perlindungan OPPO CARE Protection Plan pada harga istimewa bermula RM259 bersama pembelian peranti.
Pembelian melalui aplikasi My OPPO turut menawarkan beberapa keistimewaan eksklusif, termasuk baucar RM400 untuk Find X10 Series Hasselblad Teleconverter Kit, baucar diskaun RM30 bagi pelindung skrin serta tiga baucar IoT bernilai RM200 setiap satu.
Baucar IoT tersebut boleh digunakan untuk pembelian OPPO Pad Mini, Enco Clip2 dan Watch X3, tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan stok.
Tawaran eksklusif bersama rakan telco
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan Find X10 Series bersama pelan telekomunikasi, OPPO turut bekerjasama dengan CelcomDigi, Maxis dan U Mobile menerusi beberapa tawaran menarik.
Setiap tawaran telco turut disertakan Exclusive Launch Gift Box bernilai RM299 serta fon telinga OPPO Enco secara percuma, sementara stok masih ada.
CelcomDigi
Find X10 Series boleh dimiliki dengan bayaran bermula RM93 sebulan, dengan jumlah tawaran bernilai sehingga RM1,578.
Kedua-dua model Find X10 dan Find X10 Pro Max turut disertakan Exclusive Launch Gift Box serta OPPO Enco Air5 secara percuma.
Maxis
Pelanggan Maxis Postpaid boleh mendapatkan Find X10 Series dengan bayaran bermula RM85 sebulan, selain menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,578.
Model Find X10 (12GB+256GB) turut ditawarkan secara eksklusif melalui pembelian dalam talian. Kedua-dua model juga disertakan Exclusive Launch Gift Box dan OPPO Enco Air5 secara percuma.
U Mobile
Pelanggan yang membeli Find X10 Series melalui U Mobile akan menerima sebuah OPPO A7 Pro Max secara percuma, menjadikan nilai keseluruhan tawaran sehingga RM4,077.
Pembelian turut disertakan Exclusive Launch Gift Box serta OPPO Enco Air4 secara percuma.
OPPO dilantik sebagai Rakan Fotografi Mudah Alih Visit Malaysia 2026–2027
OPPO dan Tourism Malaysia telah menandatangani Memorandum Kerjasama pada 8 Oktober 2026, meneruskan usaha menerusi kempen “Rediscovering Malaysia Through the Lens”.
Menerusi kerjasama ini, beberapa jurugambar termasuk Haziq Zuki, Yusuf Madi dan Zairul Puad menggunakan telefon pintar OPPO Find X Series untuk menjelajah seluruh negara bagi merakam keunikan lokasi, masyarakat dan budaya tempatan.
Antara hasil karya yang diketengahkan termasuk seni pembuatan wau oleh penggiat kraf di Kelantan serta pemandangan Bima Sakti di Pulau Mawar, Johor.
Hasil fotografi tersebut boleh dilihat menerusi akaun Instagram rasmi OPPO Malaysia serta akaun media sosial milik jurugambar yang terlibat.
OPPO Studio anjur kelas fotografi setiap minggu
Dalam usaha membantu pengguna memanfaatkan sepenuhnya keupayaan kamera Find X10 Series, OPPO turut menganjurkan kelas fotografi luar secara mingguan menerusi OPPO Studio.
Sesi masterclass ini dikendalikan oleh barisan jurugambar terkenal OPPO Malaysia, termasuk Abeden Mung, Haziq Zuki, Tammy Shuang, Zairul Puad, Ming Han, Yaosheng dan Yusuf Madi.
Program yang bermula pada 24 Oktober 2026 ini diteruskan dengan beberapa sesi sepanjang November, merangkumi tema berikut:
- True Colors: 7–8 November 2026
- True Portrait: 14–15 November 2026
- True Zoom: 21–22 November 2026
- True Create: 28–29 November 2026
Keseluruhan program akan diakhiri dengan Sabah Grand Trip pada bulan Disember.







