Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X7a dengan bateri 6,000mAh dan skrin 90Hz kini rasmi di Malaysia – RM 799

Honor X7a dengan bateri 6,000mAh dan skrin 90Hz kini rasmi di Malaysia - RM 799 11

Bersama pelancaran Honor X9a 5G di Malaysia malam tadi, syarikat ini juga telah memperkenalkan Honor X7a.

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 – harga RM 1,499

Honor X7a dengan bateri 6,000mAh dan skrin 90Hz kini rasmi di Malaysia - RM 799 12

Honor X7a memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.74-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, Honor X7a menggunakan cipset MediaTek Helio G37 bersama 6GB RAM dan storan dalaman 128GB namun boleh ditambah sehingga 1TB kapasiti dengan slot microSD.

Honor X7a dengan bateri 6,000mAh dan skrin 90Hz kini rasmi di Malaysia - RM 799 13

Beralih ke kamera, Honor X7a memiliki sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, Honor X7a juga menampilkan penggunaan bateri berkapasiti 6,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W.

Lain-lain spesifikasi Honor X7a adalah sensor capjari pada panel belakang, antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12 dan Bluetooth 5.1.

Honor X7a dengan bateri 6,000mAh dan skrin 90Hz kini rasmi di Malaysia - RM 799 14

Honor X7a akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 Januari ini pada harga RM 799 didalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black. 

Honor X7a dengan bateri 6,000mAh dan skrin 90Hz kini rasmi di Malaysia - RM 799 15

Setiap pembelian Honor X7a akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM168 yang termasuk Mug vakum dan lanjutan jaminan setahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.