HONOR Magic9 Pro Max Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Sistem Kamera Sinematik ARRI – RM 5,999

HONOR Magic9 Pro Max menampilkan sistem pengimejan sinematik hasil kerjasama dengan ARRI, pengeluar kamera profesional dari Jerman, peranti ini hadir dengan fokus utama terhadap keupayaan fotografi dan rakaman video bertaraf sinematik.
HONOR Magic9 Pro Max dilengkapi skrin LTPO OLED bersaiz 6.8-inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz untuk pengalaman visual lebih lancar.
Skrin ini turut menawarkan tahap kecerahan puncak sehingga 10,000 nits bagi memastikan kandungan kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari terang. Ia juga dilengkapi lapisan Anti-Reflective Coating untuk mengurangkan pantulan cahaya, selain HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield bagi perlindungan tambahan terhadap calar.

Menguasakan telefon pintar ini ialah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dibina menggunakan teknologi fabrikasi 2nm. Ianya juga disertakan dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman. HONOR turut melengkapkannya dengan cip pengimejan tersendiri, HONOR Imaging Chip H1.
Beralih ke kamera, HONOR Magic9 Pro Max tampil dengan sistem kamera Dual 200MP Cinematic ARRI Imaging System yang menggabungkan kamera utama 200MP bersama kamera telefoto 200MP. Melengkapkan sistem kamera ini adalah sensor 50MP Ultra-Wide dengan aperture f/2.0 dan jarak fokus setara 12mm.
Sistem pengimejan ini turut disokong cip HONOR Imaging Chip H1 yang memproses imej pada peringkat RAW. Menurut HONOR, cip tersebut mampu meningkatkan nisbah isyarat kepada hingar sehingga 8dB serta memperluaskan julat dinamik sehingga 14 stop bagi menghasilkan imej dengan perincian dan warna yang lebih baik.
Kamera utamanya juga dilengkapi teknologi penstabilan bertaraf gimbal dengan sudut sehingga 3 darjah dan sokongan rakaman menggunakan profil warna ARRI LogC3. Ia juga menyokong format video APV 10-bit 4:2:2 yang menyediakan maklumat warna lebih terperinci untuk proses pascaproduksi. HONOR turut menyatakan format tersebut mampu mengurangkan saiz fail sekitar 20%.
Selain kamera, HONOR turut memberikan perhatian kepada aspek audio menerusi sistem Cinematic-Grade Directional Microphone terbina dalam.
Mikrofon ini menawarkan empat pilihan pratetap audio iaitu Close Up, Voice Isolation, Voice Boost dan Long Range. Mod Long Range dikatakan mampu menangkap audio dari jarak sehingga 20 meter.
Bagi pengguna yang mahukan lebih banyak pilihan rakaman, HONOR turut menyediakan aksesori teleconverter G200mm (2.35x) dan G500mm (5.88x), selain HONOR SmallRig Mobile Video Kit serta expansion cage untuk konfigurasi rakaman yang lebih profesional.
HONOR Magic9 Pro Max akan ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM 5,999 bagi konfigurasi 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.
HONOR Magic9 Pro Max kini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Moss Green, Glacier Silver dan Shadow Black. Ia boleh didapati menerusi HONOR Online Store, HONOR Experience Store serta pengedar sah HONOR di seluruh negara.
HONOR Magic9 Pro Max (12GB + 512GB) dijual pada harga RM5,999, manakala aksesori tambahannya berharga RM999 untuk HONOR Teleconverter G200, RM1,899 untuk HONOR Teleconverter G500, dan RM1,299 untuk HONOR SmallRig Mobile Video Kit. Tempoh prapesanan bermula dari 24 November hingga 3 Disember 2026 (tersedia melalui HONOR Store, honor.com/my, Lazada, TikTok Shop, Harvey Norman, SENHENG, CelcomDigi, dan Maxis) dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM4,009 termasuk pembesar suara Harman Kardon Aura Studio 5, kupon diskaun RM300 untuk Professional Imaging Kit, rebat segera RM300, Google AI Pro selama 3 bulan, dan Magnetic Swap Case.
Selain itu, pakej HONOR VIP Magic Care+ turut merangkumi 1-Year Extended Warranty, 1-Year Liquid Damage Protection, 1-Year Screen Protection, 1-Year Back Cover Protection, serta 2-Year Battery Replacement.





