Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan tiga sensor flagship Sony – harga sekitar RM 2,555

Seperti dilaporkan, OnePlus telah melancarkan telefon pintar flagship 2023 mereka iaitu OnePlus 11 dan ianya merupakan satu-satunya model didalam siri flagship premium syarikat ini.

OnePlus 11 juga memiliki skrin paparan LTPO 3.0 AMOLED berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dengan sokongan kadar segar semula 1Hz sehingga 120Hz pada lebih dari 100 aplikasi.

Selain itu, OnePlus 11 juga dikuasakan dengan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2, 12GB atau  16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 4.0.

Bercakap mengenai kamera, OnePlus 11 memiliki sensor utama 50MP iaitu sensor IMX890 dengan PDAF dan OIS manakala sensor ultrawide yang digunakan adalah sensor 48MP Sony IMX581 yang mempunyai pemfokusan auto bersama sokongan fotografi makro.

Seterusnya, OnePlus 11 juga memiliki sensor telefoto 32MP 2x iaitu Sony IMX709 yang merupakan sensor RGWB untuk meningkatkan penyerapan cahaya dan memberikan hasil potret yang lebih profesional.

Melengkapkan teknologi kamera ini adalah sentuhan daripada Hasselblad yang akan memastikan OnePlus sebagai antara telefon pintar flagship dengan teknologi kamera terbaik pada tahun 2023.

Tidak lupa juga, OnePlus 11 turut memiliki kamera selfie 16MP yang diletakkan pada sisi kiri lubang punch hole.

Bercakap mengenai bateri, OnePlus 11 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 100W namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar disertakan.

OnePlus 11 akan dilancarkan dengan Color OS 13 yang berasaskan Android dan motor vibrasi X-linear yang pasti menjadi ciri yang diminati gamers.

OnePlus 11 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black pada harga yang bermula dari CNY3,999 (RM 2,555)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.