Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 – harga RM 1,499

 

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 - harga RM 1,499 13

Honor secara rasminya telah melancarkan Honor X9a 5G  di Malaysia sebentar tadi yang merupakan telefon pintar pertama syarikat ini bagi tahun 2023.

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 - harga RM 1,499 14

Honor X9a 5G tampil dengan teknologi yang kebiasanya hanya ditawarkan pada peranti flagship iaitu gelas keselamatan Super Reinforced setebal 0.65mm.

HONOR X9a 5G ini dilengkapi skrin melengkung OLED 6.67 inci melengkung 45° pada kedua sisi dan ianya adalah panel yang menyokong 1.07 bilion warna dan kadar segar semula 120Hz serta 1920Hz PWM Dimming.

Selain itu, Honor X9a 5G dijana cip Snapdragon 695,  8GB RAM + 5G RAM Turbo dan 256GB storan dalaman.

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 - harga RM 1,499 15

Bercakap mengenai kamera, Honor X9a 5G tampil dengan sensor utama 64M, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 - harga RM 1,499 16

Dalam pada itu, Honor X9a 5G juga akan memiliki kapasiti bateri yang tahan lebih 2 hari iaitu 5,100mAh yang berjaya dimuatkan pada rangka yang sangat nipis iaitu hanya 7.9mm dan ianya turut menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 40W.

Lain-lain spesifikasi Honor X9a 5G adalah sensor capjari terbina dalam skrin, antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12 dan pembesar suara mono.

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 - harga RM 1,499 17

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin OLED tahan lasak dan Snapdragon 695 - harga RM 1,499 18

Honor X9a 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 Januari 2023 didalam tiga warna iaitu iaitu Titanium Silver, Emerland Green dan Midnight Black pada harga RM 1,499 dan ianya turut tampil dengan jaminan perlindungan skrin untuk 180 hari dan percuma Honor Choice Earbuds X3 (RM 349).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.