Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR CHOICE Earbuds X3 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 249

Honor menyempurkan pelancaran pertama di Malaysia dengan pelancaran satu lagi produk terbaru syarikat ini iaitu TWS HONOR CHOICE Earbuds X3.

HONOR CHOICE Earbuds X3 hadir dengan ciri pembatalan hingar aktif sehingga 40db yang memberi pengguna pengalaman pembatalan hingar penuh ketika melakukan aktiviti seharian seperti bekerja, belajar, bersukan dan berhibur.

HONOR CHOICE Earbuds X3 juga mempunyai bateri 500mAh yang mampu menawarkan pendengaran sehingga 36 jam dan turut didatangkan dengan ciri sambung dwi-peranti untuk membolehkan sambungan dengan dua peranti serentak (Bluetooth 5.2)

HONOR CHOICE Earbuds X3 juga mempunyai pemacu 12mm, kalis air dan habuk IP54 ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam.

CHOICE Earbuds X3 akan ditawarkan di Malaysia mulai 6 Januari 2023 pada harga RM249

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.