Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Amazfit GTR 3 Series dan GTS 3 kini rasmi di Malaysia pada harga serendah RM 649


Amazfit secara rasminya telah melancarkan Amazfit GTR 3 Series dan Amazfit GTS 3 yang akan mula ditawarkan di Malaysia pada 5 November ini dengan harga jualan serendah RM 649.

Ketiga-tiga jam tangan pintar Amazfit ini tampil dengan pelbagai ciri kesihatan, kecergasan dan gaya hidup yang inovatif dengan sistem operasi Zepp OS.

Kesemua jam pintar ini juga boleh digunakan dengan peranti Android dan iOS serta dapat berhubung dengan platform kesihatan yang popular seperti Apple Health atau Google Fit.

Amazfit GTR 3 Series dan GTS 3 mempunyai BioTrackerTM PPG 3.0 6PD yang mengukur empat metrik kesihatan (kadar degupan jantung, oksigen darah, tahap tekanan dan kadar pernafasan dalam masa 45 saat.


Amazfit GTR 3 Pro

Amazfit GTR 3 Pro memiliki skrin paparan ultra HD AMOLED 1.45-inci yang mempunyai kepadatan piksel 331ppi dan kadar nisbah skrin-kepada-badan 70.6%.

Jam pintar premium Amazfit ini juga mempunyai sokongan lebih 150 mod sukan yang turut menyokong ciri pengecaman pintar bagi lapan sukan popular.

Selain itu, Amazfit GTR 3 Pro juga mempunyai bateri berkapasiti 450 mAh yang menawarkan sehingga 12 hari penggunaan dengan sekali pengecasan.

Dalam pada itu. Amazfit GTR 3 Pro juga mempunyai storan dalaman 2.3GB yang boleh menyimpan sehingga 470 buah lagu. membolehkan anda mendengar muzik terus daripada jam tangan anda tanpa telefon pintar y.

Amazfit GTR 3 Pro juga boleh menjawab dan membuat panggilan telefon apabila dihubungkan dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth supaya anda boleh berbual secara bebas tangan.

Amazfit GTR 3

Amazfit GTR 3 tampil dengan skrin paparan HD AMOLED berukuran 1.39-inci, bateri berkapasiti 450 mAh untuk hayat bateri yang panjang sehingga 21 hari.

Amazfit GTR 3 juga hadir dengan reka bentuk aloi aluminium gred-penerbangan yang ringan, namun tahan lama, lengkap dengan ‘crown’ berputar yang elegan.

Amazfit GTS 3

Amazfit GTS 3 mempunyai skrin ultra HD AMOLED berukuran 1.75-inci dengan bentuk segi empat sama dengan kepadatan piksel 341 ppi, GTS 3 merupakan salah satu jam tangan pintar paling nipis dan paling ringan yang boleh didapati, namun masih mempunyai nisbah skrin-kepada-badan 72.4% yang besar.

Harga dan Jualan

Amazfit GTR 3 Pro akan ditawarkan pada harga RM 929 manakala Amazfit GTR 3 dan Amazfit GTS 3 akan ditawarkan pada harga RM 649.

Pembelian jam pintar Amazfit baharu ini boleh dilakukan di stor rasmi Lazada mulai 5 November ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.