Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Proses Pengeluaran Samsung Galaxy S22 Series telah bermula

LetsGoDigital

Laporan terbaru daripada WinFuture mendakwa bahawa Samsung telah memulakan proses pengkilangan komersial Galaxy S22 Series.

Selain itu, laporan ini juga mendedahkan bahawa terdapat masalah pengeluaran yang dihadapi namun ianya adalah perkara biasa apabila proses pengeluaran produk baharu dimulakan.

Berdasarkan maklumat ini, Samsunh telah memulakan proses pengeluaran bagi Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ manakala bagi Galaxy S22 Ultra, hanya varian pasaran Amerika Syarikat dikeluarkan buat masa ini.

Walaubagaimanapun, pelancaran Samsung Galaxy S22 Series dijangka akan berlangsung sekitar bulan Januari 2022 walaupun bekalan cip masih belum pulih sepenuhnya.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.