Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

500,000 unit Redmi Note 11 Series berjaya dijual dalam 60 minit


Xiaomi telah memperkenalkan tiga model Redmi Note 11 minggu lalu dan jualan pertama telefon pintar ini di China telah menyaksikan 500,000 unit Redmi Note 11 Series berjaya dijual didalam masa 60 minit sahaja.

Menurut sumber rasmi, 500,000 unit yang terjual adalah bagi Redmi Note 11 dan pra-tempahan bagi Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+.

Kesemua telefon pintar Redmi Note 11 ini menampilkan reka bentuk yang premium dengan penggunaan cip pemprosesan MediaTek Dimensity.

Buat masa ini, Redmi Note 11 Series hanya ditawarkan di pasaran China dan tiada sebarang maklumat pelancaran antarabangsa diumumkan.

Walaubagaimanapun, satu daripada model Redmi Note 11 ini dikatakan akan dilancarkan sebagai Poco M4 Pro pada 3 November ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.