Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Oppo Watch akan ke pasaran Malaysia – skrin 3D flexible dual-curved dan WearOS


Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam pintar pertama syarikat ini akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Jam pintar pertama Oppo ini akan dikenali sebagai Oppo Watch dan ianya akan menampilkan skrin paparan 3D flexible dual-curved yang pertama kali digunakan.

Ini memberikan Oppo Watch kemasan yang sangat premium.

Selain itu, Oppo Watch juga akan menggunakan sistem operasi WearOS yang menawarkan anda pengalaman Android setaraf pada telefon pintar dan lebih menarik turut boleh digunakan pada peranti iOS.

Oppo Watch mungkin akan dilancarkan di Malaysia didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.