Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Satu lagi realme Experience Store akan dibuka di Sunway Pyramid pada 19 September ini


realme Malaysia telah mengesahkan pembukaan satu lagi stor realme Experience di Sunway Pyramid selepas pembukaan stor seperti ini di NU Sentral, Kuala Lumpur dan Alor Star Mall, Kedah.

Pusat servis pertama di dalam kedai juga akan memulakan operasi pada bulan Oktober di stor ini yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh bagi pengguna seperti perundingan, peningkatan, pembaikan dan pertukaran peranti.

Bersempena dengan pembukaan realme Experience Store di Sunway Pyramid, realme akan menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk pengunjung dan pembeli stor realme Experience Store Sunway Pyramid dari 19 hingga 20 September 2020.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang seperti ini untuk mengunjungi majlis perasmian Realme Experience Store di Sunway Pyramid.

Ini kerana pengunjung akan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti Super Check In Lucky Draw, Fitness Challenge dan CLAW your realme.

Selain itu, para pengunjung juga layak untuk membeli produk realme dengan Pembelian Dengan Pembelian (PWP) 50% dan potongan 20% untuk produk AIoT realme.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi kedai di Lot F1.45, Level F, Sunway Pyramid Shopping Mall.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.