Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook Pro dan Watch GS Pro disahkan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Honor MagicBook Pro dan Watch GS Pro disahkan tiba di Malaysia tidak lama lagi 3
Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa dua produk terbaru syarikat ini yang diperkenalkan di IFA 2020 baru-baru ini akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Dua produk yang dimaksudkan adalah Honor Watch GS Pro dan Honor MagicBook Pro yang mana Malaysia menjadi antara pasaran terawal untuk menerima dua peranti ini.

Honor Watch GS Pro adalah jam pintar tahan lasak terbaru syarikat ini yang hadir dengan 14 pensijilan MIL-STD-810G ( pensijilan gred tentera).

Honor MagicBook Pro pula boleh dianggap sebagai komputer riba mercu bagi syarikat ini dan kemasukan komputer riba kompak ini ke pasaran Malaysia pasti disambut baik oleh pengguna tempatan.

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi – dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi

IFA 2020 : Honor Watch GS Pro dan Watch ES dilancarkan secara rasmi – tiba di Malaysia pada Oktober 2020

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.