Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 1

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 2

xTool, jenama global yang terkenal dengan mesin laser desktop, kini menawarkan pelbagai promosi sempena kempen Black Friday yang berlangsung dari 6 November hingga 4 Disember 2026.

Kempen ini menyasarkan pencipta kreatif, peminat DIY dan pemilik perniagaan kecil dengan tawaran diskaun mesin, aksesori, hadiah percuma serta cabutan bertuah.

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 3
xTool F2 Ultra dan F2 Ultra UV Untuk Pengguna Profesional

Antara produk yang diketengahkan ialah xTool F2 Ultra, mesin laser dwi-sistem yang menggabungkan 60W MOPA Fiber Laser dan 40W Diode Laser. Ia menyokong ukiran logam dan bukan logam, termasuk ukiran berwarna pada keluli tahan karat dan titanium.

Dengan kelajuan ukiran sehingga 15,000 mm/s serta ruang kerja 220 × 220 mm yang boleh diperluaskan kepada 220 × 500 mm menggunakan aksesori conveyor, ia sesuai untuk keperluan pengeluaran berskala besar.

Sementara itu, xTool F2 Ultra UV menggunakan laser UV 5W dengan teknologi 355nm yang mengurangkan pengumpulan haba ketika proses ukiran dan pemotongan. Ia sesuai untuk menghasilkan ukiran terperinci pada bahan seperti kaca, seramik, akrilik, plastik, logam dan kayu, termasuk ukiran dalaman kaca.

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 4

Diskaun Sehingga 20% dan Hadiah Percuma

Sepanjang kempen, pelanggan boleh menikmati beberapa tawaran berikut:

  • Diskaun automatik 10% untuk mesin dan aksesori terpilih.
  • Diskaun 20% untuk semua pelan xToolCare.
  • Harga promosi khas untuk xTool F1 Ultra.
  • Fail projek digital percuma dan akses koleksi Atomm untuk pembelian M2, F2, F2 Ultra, F2 Ultra UV dan F1 Ultra.

Mesin O1, X1, C1 dan P2S termasuk pakej berkaitan serta mesin refurbished tidak layak menerima diskaun automatik 10%.

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 5

Flash Sale dan Cabutan Bertuah

xTool turut mengadakan jualan flash setiap hari Khamis bermula jam 10 pagi (UTC+7), dengan kuantiti terhad untuk mesin dan pakej terpilih.

Pada 26 November, antara tawaran yang disediakan ialah:

  • xTool F2 Ultra Dual Standalone
  • xTool M2 20W Deluxe Bundle

Selain itu, lima sesi cabutan bertuah Free Order Giveaway akan diadakan sepanjang kempen. Pengumuman pemenang dijadualkan pada 27 dan 30 November serta 3 Disember.

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 6

Lebih menarik, sempena Black Friday pada 27 November, 200 pembeli terawal mesin terpilih akan menerima keahlian Atomm selama enam bulan secara percuma, selain berpeluang menikmati hadiah eksklusif.

xTool Tawar Diskaun, Hadiah Percuma Sempena Kempen Black Friday 2026 7

Kempen Black Friday xTool berlangsung sehingga 4 Disember 2026, jam 11:59 malam. Pelanggan boleh melayari laman web rasmi xTool untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran yang tersedia.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.