Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9 SE dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 1,299 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Mi 9 SE ke pasaran Malaysia dan ianya merupakan satu lagi versi Mi 9 yang hadir dengan harga penjualan yang lebih murah.

Xiaomi Mi 9 SE hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 5.97-inci, pemproses terbaru Snapdragon 712, 6GB RAM yang dipadankan dengan dua kapasiti memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 3,070mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Selain itu, Mi 9 SE juga hadir dengan tetapan tiga kamera lensa lebar 13MP+ 48MP Sony IMX586+ 8MP manakala kamera selfie adalah unit 20MP.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Seperti Mi 9, Mi 9 SE juga hadir dengan pengesan capjari terbina pada skrin, MIUI 10 dengan Android Pie, gelas keselamatan Corning Gorilla 5 pada permukaan hadapan, Bluetooth 5.0 dan NFC.

Xiaomi Mi 9 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 4 Mei 2019 dengan harga penjualan serendah RM 1,299 bagi versi 6GB+64GB dan RM 1,499 bagi versi 6GB+128GB.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja

Kedua-dua versi ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Pembelian Xiaomi Mi 9 SE boleh dibuat secara atas talian di Lazada, Shopee dan di stor fizikal Mi Malaysia.

Selain itu, sempena hari ibu yang bakal disambug, setiap pembelian Mi 9 SE akan menerima satu unit Mi Powerbank 2S 10,000mAh secara percuma (dari 4-12 Mei sementara stok masih ada).

Beli Xiaomi Mi 9 SE di Lazada > https://s.lazada.com.my/s.FZ6D

Beli Xiaomi Mi 9 SE di Shopee > https://shopee.com.my/xiaomi.os?smtt=0.0.9

ULASAN : Xiaomi Mi 9 – telefon pintar flagship terbaik pada harga bawah RM 2,000

Comments

comments