Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Mac ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xiaomi 14 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 7 March ini.

Xiaomi 14 Series telah dilancarkan untuk pasaran global di MWC malam tadi dan ianya akan terdiri daripada dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra namun agak mengecewakan adalah ketiadaan Xiaomi 14 Pro.

Dalam pada itu, kedua-dua model ini tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan sistem kamera Leica yang bakal menawarkan pengguna pengalaman fotografi kelas flagship.

Buat masa ini, pihak Xiaomi belum mendedahkan sebarang maklumat promosi dan harga Xiaomi 14 Series di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.