b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Xiaomi Redmi dengan kamera selfie pop-up bakal dilancarkan

Xiaomi yang turut berkejasama dengan Marvels bagi cerita Avengers End Game nampaknya telah mendedahkan satu telefon pintar misteri yang masih belum dilancarkan dipasaran.

Didalam satu video Marvels Avengers ini, Redmi telah menyelitkan beberapa model telefon pintar mereka iaitu Redmi 7, Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro.

Namun pada penghujung video ini, terdapat satu telefon pintar misteri Xiaomi Redmi yang memiliki mekanisma kamera selfie pop-up dipertontonkan.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Setakat ini, Xiaomi mahupun Redmi tidak mempunyai sebarang model telefon pintar dengan kamera selfie pop-up seperti yang ditayangkan pada video ini.

Buat masa ini, telefon pintar Redmi ini dijangka akan hadir sebagai peranti flagship dengan pemproses Snapdragon 855 atau pemproses terbaru Snapdragon 730G.

Apa pun kita tunggu sehingga lebih banyak maklumat mengenai telefon misteri ini dikeluarkan.

sumber

Comments

comments