Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 1

Telefon pintar kelas flagship terbaru Xiaomi iaitu  Mi 9 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja

Xiaomi Mi 9 sebelum ini telah dibuka untuk tempahan melalui Directd namun hanya satu versi ditawarkan iaitu versi 6GB/128GB.

Xiaomi Mi 9 ini hadir dengan skrin paparan Waterdrop Super AMOLED 1080p+ berukuran 6.39-inci yang hadir dengan nisbah skrin kepada badan 90.7% yang mempunyai kecerahan maksima 600nits.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 2

Skrin ini turut hadir dengan mod gelap yang mampu menjimatkan bateri sehingga 84% dan mod always on yang kini mempunyai warna.

Panel hadapan Xiaomi Mi 9 hadir dengan perlindungan gelas keselamatan Corning Gorilla 6 manakala pada panel belakang ianya hanya hadir dengan panel gelas Corning Gorilla 5 manakala setiap lensa kamera hadir dengan gelas sapphire.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 3

Xiaomi Mi 9 hadir dengan sensor utama 48MP Sony IMX586 yang hadir dengan teknologi Quad Bayer Filter + kamera lensa lebar 16MP dengan FOV 117° yang membolehkan anda mengambil gambar macro pada jarak hanya 4cm dan kamera telefon 2x 12MP dengan aperture f/2.2. ( top 5  ranking DxOMark dengan 107 mata dan No.1 ranking video DxOMark).

Mi 9 juga hadir dengan kamera selfie 20MP dan dibeberapa pasaran akan turut hadir dengan sokongan pengecaman wajah berasaskan AI yang turut mempunyai fungsi untuk mengurangkan kekaburan ketika pengambilan gambar.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 4

Selain itu, Xiaomi Mi 9 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas yang dikenali sebagai Charge Turbo yang mampu mengecas peranti pada kadar 27W namun pada kotak pengecasan ianya hanya hadir dengan pengecas 18W.

Selain itu, terdapat juga sokongan pengecasan pantas sehingga 20W yang turut hadir dengan pengecas 27W dan pengecas tanpa wayar 20W pada kereta juga akan ditawarkan.

Teknologi pengecasan pantas Turbo Charge Xiaomi ini juga telah mendapat pensijilan TÜV namun sedikit mengecewakan adalah kapasiti bateri Mi 9 hanyalah 3,300mAh.

Xiaomi Mi 9 hadir dengan pemproses kelas flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855 dan ianya dipadankan dengan, memori simpanan dalaman 64GB/128GB, mod Game Turbo untuk pengalaman gaming yang lebih lancar, sensor capjari terbina pada skrin, sokongan Google Pay melalui NFC, GPS dwi-frekuensi dan sensor IR.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 1

Xiaomi Mi 9  ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Biru laut dan Hitam piano dengan harga penjualan RM 1,699 bagi versi 6GB/64GB.

Xiaomi Mi 9 6GB/64GB  – RM 1,699

Xiaomi Mi 9 6GB/128GB – RM 1,999

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 6

Pembelian Xiaomi Mi 9 versi 6GB/64GB  boleh dilakukan secara eksklusif mulai 6 April 2019 (sempena Mi Fan Festival) di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 7

Selain itu, Mi 9 versi 6GB/128GB dengan harga RM 1,999 pula boleh di pra-tempah di  mana-mana Mi Store Malaysia mulai 6 April dan stok akan tiba pada 13 April.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 8

1,000 pra-tempahan pertama akan menerima satu set pengecasan tanpa wayar 20W bernilai RM 128 secara percuma.

Xiaomi Mi 9 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,699 sahaja 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.