Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer Phone mula memasuki pasaran Asia

Razer Phone mula memasuki pasaran Asia 1

Telefon pintar Razer yang mencuri tumpuan dunia ketika dilancarkan baru-baru ini nampaknya sudah mula memasuki pasaran Asia.

Selepas pasaran Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa pasaran barat, Razer Phone kini sudah mula dibuka untuk tempahan di Singapura sekaligus menjadikanya pasaran pertama di Asia.

Tempahan bagi Razer Phone boleh dibuat melalui syarikat telekomunikasi Singtel dengan tempahan akan ditutup pada 26 November ini.

Razer Phone mula memasuki pasaran Asia 2

Ketua pegawai eksekutif Razer berkata walaupun Razer diasaskan di California, Amerika syarikat beliau adalah warganegara Singapura dan beliau amat teruja kerana memilih Singapura sebagai negara pertama di Asia untuk menerima Razer Phone ini.

Razer Phone mula memasuki pasaran Asia 3

Bagi 200 pembeli pertama yang menempah Razer Phone, mereka akan menerima set kepala Bluetooth Razer Hammerhead dengan penjualan rasmi akan bermula pada 1 Disember.

Razer Phone hadir dengan harga penjualan SGD 1,068 (RM 4,387)  tanpa kontrak namun ianya dijangka lebih murah jika dibeli melalui pelan yang ditawarkan oleh Singtel.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.