Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lifeproof melancarkan perkakas siri NEXT dan SLAM bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X

Apple iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X adalah telefon pintar terhangat dipasaran dan sudah pastinya bakal pemilik telefon pintar ini mahu pelaburan mereka dilindungi daripada pelbagai aspek atau insiden yang tidak dingini.

Lifeproof telah membina reputasi mereka didalam penawaran perkakas perlindungan peranti yang memberikan perlindungan 360 darjah dan juga menjadi syarikat pertama dipasaran untuk menawarkan perkakas kalis air tanpa skrin.


Lifeproof kini telah mengembangkan portfolio produk mereka dengan penawaran perkakas didalam siri NEXT dan SLAM yang kini ditawarkan untuk Apple iPhone 8, iPhone 8 Plus manakala bagi Apple iPhone X akan tiba didalam masa terdekat.

Selain itu, siri FRE yang merupakan perkakas kalis air Lifeproof yang paling laris akan turut ditawarkan untuk Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus tidak lama lagi.

Lifeproof juga telah menyertakan perkakas iPhone 8 didalam siri SLAM dan pada pendapat kami, ianya direka bentuk dengan motif untuk memberikan perlindungan menyeluruh.

Perkakas SLAM bagi iPhone 8 ini dibuat dari bahan yang kukuh dengan kebolehan untuk menyerap hentakan dan jatuhan tanpa meninggalkan sebarang kesan pada peranti.

‘Bumper’ sisi perkakas ini juga keras yang menjanjikan perlindungan bagi jatuhan dari ketinggian sehingga 2 meter.

Selain itu, reka bentuk panel yang transparen juga mengekalkan reka bentuk asestik Apple iPhone yang sememangnya terkenal dengan rekaan yang terbaik di pasaran.

Perkakas Lifeproof yang tulen boleh dibeli secara atas talian di Lifeproof.asia dan jika anda membuat tempahan sebelum 30 November, kos penghantaran akan dikecualikan.

Kesemua produk Lifeproof ini hadir dengan jaminan waranti selama satu tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.