Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Konsol permainan handheld Razer Edge dengan 5G kini rasmi pada harga sekitar RM 1,887

Razer secara rasminya telah memperkenalkan konsol permainan 5G pertama didunia iaitu Razer Edge.

Razer Edge membolehkan anda menikmati permainan platform Android, platform PC atau akses kandungan permainan di Xbox Cloud Gaming atau Nvidia GeForce Now.

Konsol permainan mudah alih Razer Edge ini mempunyai skrin paparan AMOLED 144Hz berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+, cip Snapdragon G3x Gen 1, 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 128GB jenis UFS 3.1 yang boleh ditambah menggunakan slot microSD.

Selain itu, Razer Edge juga disertakan bersama alat kawalan Razer Kishi V2 Pro menawarkan dua butang analog, D-pad, 8 butang , 2 trigger dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Razer Edge juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh, sistem operasi Android 12, WiFi 6E, kamera hadapan 5MP dan Bluetooth 5.2

Konsol ini mempunyai berat hanya 264 gram namun dengan Razer Kishi V2 Pro (137 gram), ianya mempunyai berat keseluruhan 401 gram.

Razer Edge edisi Wi-Fi akan ditawarkan mulai Januari 2023 pada harga $399.99 (RM 1,887) manakala Razer Edge Founders Edition yang disertakan dengan Razer Hammerhead True Wireless (2021) earbuds akan ditawarkan pada harga $499.99 (RM 2,359).

Harga bagi Razer Edge 5G masih belum diumumkan namun ianya eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat melalui Verizon.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.