Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Razer Hammerhead True Wireless X dengan 28 jam waktu pendengaran kini rasmi pada harga RM 349

Pengeluar komputer riba dan aksesori gaming terkemuka iaitu Razer secara rasminya telah mengumumkan TWS berprestasi tinggi terbaru keluaran syarikat ini iaitu Razer Hammerhead True Wireless X pada harga RM 349 sahaja.

Razer Hammerhead True Wireless X hadir dengan reka bentuk untik yang turut menampilkan LED touch control didalam warna hijau.

Selain itu, Razer Hammerhead True Wireless X juga hadir dengan mod Gaming latensi rendah 60ms yang memberikan anda pengalaman audio terbaik ketika gaming anda hiburan.

Razer Hammerhead True Wireless X juga menyokong Goolge Fast Pair for Android dan Bluetooth 5.2 dengan Auto-Pairing.

Ini membolehkan Razer Hammerhead True Wireless X digunakan bersama telefon pintar, tablet, komputer riba dan konsol permainan – memerlukan adapter Bluetooth tambahan.

Selain itu, LED touch control dengan lampu backlit ini boleh dipra-tetap untuk memberikan akses kepada fungsi yang sering digunakan seperti menguruskan panggilan, kawalan kelantangan bunyi atau mengaktifkan mod Gaming.

Selain itu, Razer juga telah mengumumkan pelancaran aplikasi Razer Audio App bersama-sama Hammerhead True Wireless X yang membolehkan pengguna melakukan penyesuaian landskap bunyi, kesan pencahayaan dan kecerahan, serta ubah isyarat sesentuh mengikut kehendak mereka.

Bercakap mengenai jangka hayat bateri, Razer Hammerhead True Wireless X  menawarkan sehingga 24 jam waktu penggunaan dengan lampu LED dinyalakan atau tambahan 4 jam

dengan menutup lampu LED.

Razer Hammerhead True Wireless X akan ditawarkan pada harga RM 349 mulai 8 Jun 2021 namun tinjauan kami di stor rasmi Razer di Lazada Malaysia mendapati produk ini belum ditawarkan buat masa ini.

Maklumat lanjut di Razer (page error)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.