Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelitup Muka Pintar Razer dengan lampu RGB dan dwi penapis N95 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini

Pelitup Muka Pintar Razer dengan lampu RGB dan dwi penapis N95 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini 11Pada sidang E3 yang sedang berlangsung, Razer telah memberikan status terkini mengenai salah satu produk mereka yang diumumkan di CES awal tahun ini iaitu Projek Hazel.

Pelitup Muka Pintar Razer dengan lampu RGB dan dwi penapis N95 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini 12

Projek Hazel adalah sebuah pelitup muka boleh digunakan semula yang telah mendapat perhatian tinggi daripada pengguna dan ianya dilengkapi pelbagai ciri menarik seperti lampur RGB, meningkatkan kelantangan suara dan cover lutsinar pada bahagian mulut.

Selain itu, Razer juga mendakwa bahawa ia telah menambahbaik pelitup muka ini berdasarkan maklum balas peminat Razer.

Pelitup Muka Pintar Razer dengan lampu RGB dan dwi penapis N95 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini 13

Pelitup muka ini mempunyai dwi-penapis N95 dan reka bentuk lutsinar yang kini ditambah dengan lampu dibahagian dalam untuk melihat wajah pemakai ketika cahaya rendah dan ianya juga hadapi dengan lapisan anti-wap yang memastikan panel lutsinar sentiasa memberikan pandangan yang jelas.

Selain itu, Razer juga memberikan anda peluang mencuba pelitup muka ini secara virtual melalui filter Instagram yang boleh anda cari di Instagram Story > browse effects dan search Razer atau klik di SINI 

Pelitup Muka Pintar Razer dengan lampu RGB dan dwi penapis N95 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini 14
Razer menjangkakan permintaan yang tinggi bagi Projek Hazel dan hanya akan menawarkan pelitup muka ini didalam kuantiti terhad secara berperingkat.

Jualan pertama dijangka akan diadakan pada suku keempat tahun ini dan Razer juga telah membuka pendaftaran minat di laman rasmi Razer.

Pelitup Muka Pintar Razer dengan lampu RGB dan dwi penapis N95 akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini 15

Buat masa ini harga jualan pelitup muka Razer yang eksklusif ini masih belum diketahui.

*reka bentuk Projek Hazel masih di fasa reka bentuk konsep dan ini bukan reka bentuk akhir produk.

Tonton video Projek Hazel di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.