Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N2 kini rasmi dengan rekaan lebih kompak dan sistem kamera Hasselblad

OPPO secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar foldable mereka iaitu Oppo Find N2 yang tampil dengan rekaan yang lebih diperhalusi.

OPPO Find N didakwa mempunyai lipatan skrin tanpa sebarang lekukan yang jelas dan generasi kali ini dikatakan adalah 67% lebih baik.

Oppo Find N2 mempunyai skrin paparan luaran berukuran 5.54-inci. panel AMOLED ini mempunyai resolusi 2120 x 1080 piksel dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar kecerahan maksima 1,550nits.

Bercakap mengenai skrin paparan utama pula,  ianya berukuran 7.1-inci dengan nisbah 9:8:4 dan merupakan panel LTPO yang menyokong kadar segar semula antara 1Hz hingga 120Hz serta kadar kecerahan maksima 1,550nits.

OPPO Find N2 mempunyai mekanisma engsel yang lebih terdiri daripada 100 komponen dan dikenali sebagai Flexion Hinge yang terdiri daripada  komponen yang memberikan lipatan berbentuk teardrop apabila ditutup tanpa sebarang ruang dan ianya adalah 42gram lebih ringan berbanding OPPO Find N.

Beralih kepada cipset, Oppo Find N2 hadir dengan pemproses Snapdragon 8+ Gen 1, 12GB RAM, storan dalaman antara 256GB atau 512GB dan antaramuka ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

Kepada kamera pula, Oppo Find N mempunyai 5 sensor kamera iaitu 3 pada panel belakang yang terdiri daripada sensor utama 50 MP Sony IMX890 dengan aperture f/1.8 dan OIS, sensor ultrawide 48 MP ultra wide IMX581 yang juga menawarkan ciri fotografi makro dan sensor telefoto 47mm beresolusi 32MP iaitu sensor Sony IMX709. Kamera OPPO Find N2 ini juga membawa kepakaran fotografi Hasselbald.

Oppo Find N juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,520mAh yang disertakan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC Flash Charge yang mampu memenuhi peranti didalam masa 42 minit sahaja dan ini menjadikanya sebagai antara telefon pintar foldable dengan teknologi pengecasan terpantas di pasaran.

Oppo Find N akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Demure Green dan Black Vegan Leather.

Buat masa ini maklumat harga dan penawaran di pasaran antarabangsa masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.