Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 5G warna Sunkissed Beige kini rasmi di Malaysia

OPPO Reno8 Series 5G telah memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan tahun 2022 dan bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, syarikat ini telah mengumumkan penawaran OPPO Reno8 5G didalam warna Sunkissed Beige yang ditawarkan dengan 12GB RAM namun masih kekal dengan harga jualan seperti sebelum ini.

OPPO Reno8 5G merupakan model kedua didalam OPPO Reno8 Series dan ianya hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.43-inci.

OPPO Reno8 5G dikuasakan dengan cip MediaTek 1300, 12GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 256GB (UFS 3.1) serta ColorOS 12.1.

Selain itu, OPPO Reno8 5G memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Akhir sekali, OPPO Reno8 5G juga memiliki bateri yang sama seperti model Reno8 Pro 5G iaitu bateri 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC serta ciri Battery Health Engine yang memastikan kadar degradasi bateri hanya berlaku selepas 1,600 kitaran pengecasan.

Seperti yang kami maklumkan diatas,  OPPO Reno8 5G  Sunkissed Beige ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM 2,399.

Setiap pembelian OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige mulai hari ini sehingga 1 Jan 2023 akan turut menerima satu tahun jaminan waranti tambahan, satu tahun pelan perlindungan skrin dan anda juga diberikan pilihan untuk memiliki satu unit OPPO Enco Buds2 melalui pembelian PWP pada harga RM 10 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.