Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9 5G kini rasmi di Malaysia skrin 120Hz dan Snapdragon 695 pada harga RM 1,299


Honor X9 5G merupakan peranti kelas midrange yang hadir dengan
 skrin paparan FullView 120Hz berukuran 6.7-inci, cip Qualcomm Snapdragon 695 5G, 8GB RAM + RAM Turbo dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Honor X9 5G ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 48MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie punch-hole 16MP juga disertakan.


Honor X9 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 66W yang mampu memberikan 81% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Honor X9 5G juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11, dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Honor X9 5G akan  ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Silver, Midnight Black dan Ocean Blue pada harga RM1,299 sahaja.

Honor X9 5G akan ditawarkan untuk pra-tempahan mulai malam ini sehingga 6 April 2022 dimana setiap pra-tempahan akan menerima Honor Choice Earbuds, Honor X9 5G Casing, tambahan 1 tahun waranti dan 6 bulan perlindungan skrin.

Honor X9 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,099

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.