Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Honor X Series dijamin tahan lebih lasak dan prestasi stabil


HONOR akan melancarkan tiga model telefon pintar HONOR X iaitu HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7 berserta satu model komputer riba baharu.

Slogan “Lagi Tahan Lagi Best” kelihatan dalam video di Facebook HONOR Malaysia, menandakan kemunculan sebuah telefon pintar yang tahan lasak dan tahan lama. Jadi apa kaitan Siri HONOR X dengan “Lagi Tahan Lagi Best”?

Apa itu “Lagi Tahan Lagi Best”?

Difahamkan Siri HONOR X seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut diuji kualitinya, malah melalui beberapa ujian seperti ujian tekanan ringan sebanyak 2,000 kali, ujian sesentuh pad 800,000 kali dan Ujian Tahan Karat Dengan Semburan Garam Berterusan 24 jam – semuanya demi memastikan setiap satunya lulus cabaran pengeluaran sebelum ke proses selanjutnya.

Dari segi prestasi, HONOR X9 diuji dan lulus dengan cemerlang dengan kadar penurunan prestasi hanya 3.8% selepas penggunaan selama 3 tahun. Diuji dalam tempoh 36 bulan, ia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda lembab sekaligus memberi jaminan kualiti terbaik kepada pengguna.

Maklum Balas Pengguna Mendidik Keyakinan untuk Jaminan Kualiti

Kita imbas kembali 4 tahun lalu dengan pelancaran HONOR X8. Sehinga hari ini HONOR memegang rekod 50,000 pengguna aktif, dengan maklum balas bernilai yang berkaitan ketahanan peranti. Angka-angka itu hasil daripada pelaburan besar HONOR dalam kajian dan pembangunan (R&D) – bagi menjamin kualiti dan jangka hayat peranti HONOR.

Dengan 600 standard kualiti berbeza meliputi setiap aspek reka bentuk, pembangunan, bahan-bahan, pengilangan dan kualiti lain, HONOR menjangkakan standard yang harus dicapai perlu selari dengan pengalaman pengguna.

Memiliki makmal yang canggih dan berkualiti, HONOR mempunyai akses penuh kepada Pusat Ujian Perisian Automatik, Makmal Ujian Komunikasi, Makmal Kebolehpercayaan, Makmal Kamera, Makmal Audio dan Makmal Antenna – semuanya demi membina asas lebih kukuh untuk kualiti produk.

Menjadi peneraju ujian makmal dengan kebolehpercayaan dan pengawalan, setiap ujian menghasilkan komponen dan produk, termasuk lebih 20 pemeriksaan kawal selia dan lebih dari 190 pemeriksaan kebolehpercayaan, menghasilkan kekerapan yang lebih maju selangkah ke hadapan daripada pesaing lain serta mematuhi standard ketat pada tahap tertinggi, sekaligus menghasilkan produk dengan prestasi kualiti yang cemerlang dengan jangka hayat yang bereputasi baik , dan pada akhirnya memberi pengguna pengalaman sebuah telefon pintar yang mengagumkan.

HONOR menanamkan DNA Kualiti dalam setiap siri produk

Sejak berdiri sebagai jenama sendiri, HONOR menyusun semula struktur dalamannya dan berdiri gah melalui pelancaran HONOR Magic V. Ia masih mendapat permintaan ramai walaupun harganya meningkat 40%, diikuti siri HONOR Magic4 selepas pelancarannya di MWC 2022, terus memantapkan kedudukannya dalam bidang telefon pintar flagship.

Terima kasih kepada peningkatannya baru-baru ini, HONOR dijangka menjadi salah satu tiga jenama telefon pintar premium terbesar.

 Cabaran untuk mengejar kualiti kini bukan sesuatu yang asing, memberi HONOR keupayaan menyesuaikan diri dan kekuatan dalam teknologi canggih. Ganjaran terbaik semestinya hasil maklum balas pengguna demi permintaan berkualiti tinggi dalam Siri X yang hebat sama seperti telefon tahap flagship.

Malaysia kini menantikan pelancaran HONOR pada 29 Mac akan datang. Pelancaran produk baharu bertemakan “Ready To Go Beyond” pastinya sesuatu yang tidak boleh dilepaskan! Ini pastinya membuatkan ramai teruja dan di luar jangkaan rakyat Malaysia.

Peminat boleh melayari video di sebalik tabir pembuatan Siri X. Pastinya ini sesuatu yang anda tidak boleh lepaskan: https://www.facebook.com/HonorMY/videos/388198409449276/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.