Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X8 dan Honor X7 kini rasmi di Malaysia dengan skrin FullView 90Hz dan Snapdragon 680


Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Honor X Series iaitu Honor X7, Honor X8 dan Honor X9 5G.

Didalam artikel ini, kami akan memperkatakan tentang Honor X7 dan Honor X8.

Baca mengenai Honor X9 5G di SINI

Honor X7

Honor X7 hadir dengan skrin paparan FullView berukuran 6.74-inci (waterdrop), cip Qualcomm Snapdragon 680, 4GB RAM + RAM Turbo dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Honor X8 ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie 8MP juga disertakan.

Honor X7 akan ditawarkan pada harga RM 699 sahaja.

Pada bahagian bateri, Honor X7 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W.

Honor X7 juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11 dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Honor X7 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Ocean Blue dan Titanium Silver pada harga RM 699

Honor X8

Honor X8 adalah sebuah peranti midrange dengan skrin paparan FullView 90Hz berukuran 6.7-inci, cip Qualcomm Snapdragon 680, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, Honor X8 ini juga menampilkan penggunaan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 5MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie punch-hole 16MP juga disertakan.

Honor X8 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W.

Honor X8 juga hadir dengan antaramuka Honor Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11 dan sensor capjari sisi.

Honor X8 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Silver, Midnight Black dan Ocean Blue pada harga RM 899.


Pra-tempahan Honor X8 kini dibuka dengan setiap pra-tempahan akan turut menerima hadiah percuma seperti Honor Choice Earbuds X, 1 tahun tambahan waranti dan 6 bulan perlindungan skrin.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.