Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama : Samsung Galaxy S21 FE 5G – Peranti Flagship Berpatutan

Samsung Galaxy S21 Series telah memberikan pengguna barisan telefon pintar terhangat sepanjang tahun 2021 khususnya Samsung Galaxy S21 Ultra 5G yang masih di anggap sebagai sebuah peranti mercu terbaik dipasaran.

Walaubagaimanapun, seperti tahun sebelum ini Samsung ingin menutup tirai generasi flagship ini dengan pelancaran telefon pintar ‘Fan Edition’.

Fan Edition adalah sebuah telefon pintar didalam keluarga flagship Samsung yang hadir dengan semua spesifikasi flagship namun pada harga yang lebih berpatutan dan model tahun ini dikenali sebagai Samsung Galaxy S21 FE 5G.

Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE 5G telah berlangsung pada awal bulan Januari dan ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,899 bagi varian 128GB dan RM 3,099 bagi varian 256GB.

Atas ikhsan Samsung Malaysia, kami telah menerima satu unit ulasan Samsung Galaxy S21 FE 5G dan berikut adalah pandangan pertama kami tentang telefon pintar Fan Edition terbaru ini.

Kotak Samsung Galaxy S21


Buka Kotak

Sebelum berkata mengenai pandangan pertama kami tentang Samsung Galaxy S21 FE 5G, mari kita mengetahui serba sedikit tentang kotak pembungkusan telefon pintar ini.

Samsung Galaxy S21 FE 5G hadir didalam kotak berwarna putih yang mana ianya berlainan daripada model S21 yang lain yang tampil didalam kotak berwarna hitam.

Walaubagaimanapun, anda masih dapat menikmati pengalaman telefon pintar flagship dan ini bermaksud kotak telefon pintar ini tidak disertakan dengan adapter pengecasan.

Apabila anda membuka sahaja kotak, anda dapat melihat Samsung Galaxy S21 FE 5G didalam warna pilihan anda dan Samsung menawarkan telefon pintar Fan Edition ini didalam 4 warna iaitu Graphite, Olive, Lavender dan White.

Selain telefon pintar, anda juga akan menerima kabel USB-C ke USB-C, beberapa risalah seperti kad waranti, cara pengaktifan Samsung Pay, pin untuk membuka slot SIM  dan banyak lagi.

Kualiti & Reka Bentuk – Setaraf Flagship ke?

Samsung Galaxy S21 FE 5G adalah peranti didalam keluarga flagship dan ianya hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti model Galaxy S21 Series yang lain.

Pertama kali memegang telefon pintar ini, ianya terasa sangat selesa pada tangan kerana profil Galaxy S21 FE 5G ini adalah sangat kompak dengan ketebalan 7.9mm dan berat hanya 177gram.

Panel belakang Samsung Galaxy S21 FE tampil dengan kemasan plastik polikarbonat yang juga menempatkan modul tri-kamera yang seolah terbina sekali dengan rangka telefon pintar ini yang diperbuat daripada aluminium.

Samsung Galaxy S21 FE 5G ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Skrin Paparan Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan lapisan gelas keselamatan paling lasak dipasaran

Pada bahagian hadapan, Samsung Galaxy S21 FE 5G mempunyai skrin paparan berukuran 6.4-inci iaitu panel Dynamic AMOLED 2X yang dilapisi gelas keselamatan paling kukuh dipasaran iaitu Gorilla Glass Victus.

Panel skrin ini mempunyai bezel sisi yang nipis dan keterangan skrin juga dilihat mencukupi untuk dipakai pada semua keadaan cahaya.

Untuk memberikan anda pengalaman skrin flagship, skrin Galaxy S21 FE 5G juga mempunyai sokongan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman visual yang lebih lancar dan imersif.

Menyempurnakan lagi pengalaman flagship ini adalah pengguna sensor capjari dalam skrin yang memudahkan proses membuka peranti dengan lebih pantas.

Kamera gred Pro

Tak lengkap lah pengalaman peranti flagship kalau kamera tak setaraf flagship dan di atas kertas Samsung Galaxy S21 FE 5G dilihat mampu memberikan anda pengalaman fotografi yang baik pada waktu siang dan malam.

Pada bahagian belakang, anda disajikan dengan tiga kamera berkebolehan tinggi iaitu satu sensor utama wide 12MP , satu sensor ultrawide 12MP dan satu sensor telefoto 8MP yang menawarkan anda kebolehan pengzooman 30x Space Zoom.

Memandangkan kami baru sahaja menerima telefon pintar terbaru Samsung ini, masa yang anda untuk kami lakukan ujian fotografi adalah terhad namun kami akan mengulas lebih mendalam mengenai kebolehan kamera peranti ini pada ulasan penuh yang akan diterbitkan didalam masa terdekat.

Bateri 4,500mAh + pengecasan pantas 25W + pengecasan tanpa wayar 15W & Wireless Power Share

Walaupun hadir dengan profil yang kompak, Samsung berjaya memuatkan bateri berkapasiti 4,500mAh pada Galaxy S21 FE 5G yang akan menawarkan anda jangka hayat bateri yang mencukupi untuk aktiviti harian anda termasuk gaming, fotografi, hiburan atau setakat melayari laman media sosial.

Tidak cukup dengan itu, Samsung Galaxy S21 FE 5G juga tampil dengan pelbagai solusi pengecasan yang termasuk pengecasan pantas 25W dan pengecasan tanpa wayar 15W.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S21 FE 5G juga mempunyai sokongan pengecasan Wireless Power Share yang membolehkan ianya digunakan untuk mengecas peranti seperti Galaxy Buds2 atau peranti lain yang mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar.

Waktu terbaik memiliki peranti 5G

Samsung Galaxy S21 FE tampil dengan sokongan 5G dan ini adalah waktu yang tepat untuk anda beralih kepada telefon pintar yang menyokong rangkaian masa depan ini.

Program perintis 5G di Malaysia telah bermula dan kebanyakkan peranti Samsung termasuk Galaxy S21 FE 5G dijangka akan mula menerima sokongan 5G mulai suku pertama 2022.

Samsung Galaxy S21 FE 5G juga merupakan antara telefon pintar Galaxy terawal dengan One UI 4 dan Android 12.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G hari ini!

Samsung Galaxy S21 FE 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,899 dan setiap pembelian telefon pintar ini juga akan melayakkan anda menikmati langganan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 220 secara percuma dan e-baucar Samsung bernilai RM 350 untuk pembelian peranti wearable yang terpilih.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G di Samsung Experience Store, Samsung Online Store atau melalui wakil pengedar rasmi.

Nantikan ulasan penuh Samsung Galaxy S21 FE 5G

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.