Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip Exynos 2200 akan dilancarkan bersama Samsung Galaxy S22 Series


Cip pemprosesan flagship daripada Samsung iaitu Exynos 2200 sepatutnya dilancarkan pada 11 Januari yang lalu namun ianya telah ditunda atas sebab yang tidak diketahui.

Walaubagaimanapun, jurucakap rasmi daripada Samsung telah memaklumkan kepada akhbar Business Korea bahawa tiada sebarang isu yang timbul dengan cip pemprosesan ini dan Samsung mahu melancarkan cip ini serentak dengan pelancaran Samsung Galaxy S22 Series.

Jika anda mengikuti arena telefon pintar global, anda pasti sudah sedia maklum bahawa cip Exynos 2200 akan menjadi cip telefon pintar pertama untuk menggunakan arkitektur AMD RDNA 2 yang akan membawakan sokongan ray tracing yang hanya ditawarkan pada konsol permainan.

Dalam pada itu, Samsung masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pelancaran Samsung Galaxy S22 Series namun media Korea melaporkan ianya akan berlangsung pada 8 Februari 2022.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.