Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) kini di Malaysia pada harga RM 1,499

Samsung secara rasminya telah mengumumkan bahawa Galaxy Tab S6 Lite (2024) kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499.

Galaxy Tab S6 Lite hadir dengan skrin paparan WUXGA+ berukuran 10.4-inci pada resolusi 2000 x 1200, pemproses Exynos 1280, 4GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 7,040mAh.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy Tab S6 Lite memiliki kamera belakang 8MP f/1.9 manakala kamera selfie adalah 5MP f/2.0.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) juga hadir dengan sokongan S-Pen, dua pembesar AKG + Dolby Atmos, OneUI 6.1 yang berasaskan Android 14 dan slot microSD (sehingga 1TB).

Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) hadir didalam dua pilihan warna iaitu Gray dan Mint pada harga penjualan RM 1,499

maklumat lanjut di : Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.