Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Battery AI dijangka akan meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 10%

Samsung pada tahun ini sangat memfokuskan AI pada telefon pintar mereka dan syarikat gergasi Korea Selatan ini dilaporkan akan meneruskan penggunaan AI dengan lebih menyeluruh pada generasi baharu telefon pintar flagship mereka.

Laporan terbaru mendakwa bahawa Samsung Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra akan hadir dengan teknologi “Battery AI” yang akan meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 10%.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud Samsung akan mengekalkan kapasiti bateri yang sama pada Galaxy S25 Series namun Battery AI akan meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 10%.

Dalam pada itu, laporan ini juga menyebut bahawa “Battery AI” akan menghapuskan tugas yang tidak penting untuk meningkatkan jangka hayat bateri  tanpa menjejaskan prestasi CPU atau GPU telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.