Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT 165Hz kini rasmi – Monitor MateView juga diumumkan


Pada pelancaran HarmonyOS 2.0 malam tadi, HUAWEI juga telah memperkenalkan dua monitor untuk pasaran global iaitu HUAWEI MateView dan HUAWEI MateView GT yang merupakan monitor gaming.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 & MatePad Pro 10.8 kini rasmi dengan HarmonyOS 2.0 dan cipset Qualcomm Snapdragon

HUAWEI Watch 3 dan Watch 3 Pro kini rasmi – peranti pertama dengan HarmonyOS 2.0


HUAWEI MateView

Monitor ini hadir reka bentuk yang rata iaitu panel 4K FullView IPS LCD 60Hz berukuran 28.2-inci yang menawarkan resolusi 3,840 x 2,560 piksel.

Selain itu, panel skrin ini juga menawarkan kadar kecerahan maksima 500nits dan ianya juga mempunyai pensijilan DisplayHDR 400.


HUAWEI MateView juga mempunyai slot USB yang menerima input Video dan menyokong pengecasan 65W.

Selain itu, monitor ini juga mempunyai perisian OneHop Projection yang bermaksud anda boleh melakukan screen mirroring tanpa memerlukan sebarang kabel namun ianya hanya untuk peranti HUAWEI yang mempunyai cip Kirin 980 dan EMUI 12.0 dan ke atas.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki HUAWEI MateView adalah DisplayPort, 2 port USB-A 3.0, 2 pembesar suara 5W, 2 mikrofon dan bicu audio 3.5mm.

HUAWEI MateView GT

HUAWEI MateView GT adalah monitor gaming LCD melengkung berukuran 34-inci yang hadir dengan kadar segar semula 165Hz dengan ciri gaming seperti Crosshairs dan Dark Field Control.

Monitor gaming pertama HUAWEI ini mempunyai resolusi 3,440 x 1,440 piksel dan tahap lengkungan 1500R.

Selain itu, HUAWEI MateView GT juga menawarkan kadar kecerahan 350nits dan kontras 4,000:1 serta sokongan HDR10.

HUAWEI MateView GT juga mempunyai satu DisplayPort 1.4, dua slot HDMI 2.0, 2 USB-C(satu sebagai input kuasa), sound bar dengan 2 speaker stereo 2.5W dan dua mikrofon.

Ketinggian monitor ini boleh dilaras sebanyak 110mm manakala sudut juga boleh dilaras antara -5º-20º.

Huawei MateView GT akan ditawarkan di pasaran Eropah Barat, Eropah Tengah, Eropah Timur, Nordik, Rusia, Jepun, rantau Asia-Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.