Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 12.6 & MatePad Pro 10.8 kini rasmi dengan HarmonyOS 2.0 dan cipset Qualcomm Snapdragon

Pelancaran besar-besaran HUAWEI malam tadi juga telah menyaksikan pelancaran tablet HUAWEI MatePad Pro 12.6 dan MatePad Pro 10.8 bersama-sama MatePad 11 yang lebih berpatutan.

HUAWEI Watch 3 dan Watch 3 Pro kini rasmi – peranti pertama dengan HarmonyOS 2.0

 

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dan MatePad Pro 10.8

Huawei MatePad Pro 12.6 adalah tablet flagship syarikat ini dengan HarmonyOS 2.0 yang bakal memberikan saingan kepada Galaxy Tab S Series dan Apple iPad Pro.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 ini menampilkan skrin paparan OLED pada resolusi 2560×1600 yang mempunyai kadar segar semula hanya 60Hz manakala MatePad Pro 10.8 pula tampil dengan skrin paparan IPS LCD 2560×1600 namun dengan kadar segar semula 120Hz.


HUAWEI MatePad Pro 12.6 hadir dengan cip Kirin 9000E manakala HUAWEI MatePad 10.8 hadir dengan cip Snapdragon 870 manakala kapasiti RAM pada kedua-dua tablet ini adalah 8GB dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Selain itu, kamera selfie pada HUAWEI MatePad Pro 12.6 dan MatePad Pro 10.8 ini adalah pada bahagian tengah bezel sisi dan bukanya punch-hole seperti generasi sebelum ini.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera yang turut disertakan dengan sensor 3D Depth.

Beralih kepada bateri, HUAWEI MatePad Pro 12.6 menampilkan bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W serta pengecasan wireless reverse charging pada kadar 10W.

Dalam pada itu, MatePad Pro 10.8 pula tampil dengan bateri 7,250mAh.

Kedua-dua tablet ini juga menyokong stylus M-Pencil generasi kedua yang tampil dengan reka bentuk seperti batang pen sebenar dan mempunyai 4,096 tahap sensitiviti tekanan.

HUAWEI M-Pencil 2 ditawarkan pada harga CNY 599 (RM 386).

Selain itu, HUAWEI juga telah mengumumkan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard pada harga CNY 799 (RM 516).


HUAWEI MatePad Pro 12.6
akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Matte Grey dan Olive Green pada harga €799 (RM 4,023) bagi pasaran Eropah manakala harga bagi HUAWEI MatePad Pro 10.8 masih belum diumumkan.

HUAWEI MatePad 11

HUAWEI MatePad 11 pula hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.95-inci iaitu panel IPS LCD dengan resolusi  2,560 x 1,600 dan kadar segar semula 120Hz.

Tablet ini juga menggunakan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 865, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11 juga hadir bateri berkapasiti 7,250mAh yang menyokong pengecasan pangas 22.5W dan tablet ini juga mempunyai sokongan untuk HUAWEI M-Pencil 2 dan Smart Magnetic Keyboard khas untuk model ini.

HUAWEI MatePad 11 akan ditawarkan pada harga €399 (RM 2,512) di Eropah.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.