Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS 2.0 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Jun ini

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS 2.0 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Jun ini 7HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa tablet terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.6 yang dilancarkan di majlis pelancaran HarmonyOS akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 10 Jun ini.

Pelancaran HUAWEI MatePad Pro 12.6 ini menyusul selang 8 hari selepad pelancaran global yang menjadikan Malaysia sebagai antara negara terawal didunia untuk menerima tablet pertama yang beroperasi dengan HarmonyOS 2.0 ini.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS 2.0 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Jun ini 8

HUAWEI MatePad Pro 12.6 ini menampilkan skrin paparan OLED pada resolusi 2560×1600 yang mempunyai kadar segar semula 60Hz.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 hadir dengan cip Kirin 9000E,  8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera yang turut disertakan dengan sensor 3D Depth.

Beralih kepada bateri, HUAWEI MatePad Pro 12.6 menampilkan bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 27W serta pengecasan wireless reverse charging pada kadar 10W.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dengan HarmonyOS 2.0 akan dilancarkan di Malaysia pada 10 Jun ini 9

HUAWEI MatePad Pro 12.6 dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Matte Grey dan Olive Green.

Selain HUAWEI MatePad Pro 12.6, HUAWEI dijangka akan menawarkan HUAWEI M-Pencil 2 dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.